Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 19, 2023 @ 12:48pm

Kongsi Momen Beri Penghargaan Kepada Bekas Guru, Hazeman Huzir Sentuh Hati Ramai

Pengacara Hazeman Huzir tampil berkongsi momen dirinya memberi penghargaan kepada bekas gurunya yang dipanggil Sir Putra sempena sambutan Hari Guru, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Hazeman atau Haze menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Haze yang berkunjung ke sekolahnya, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya turut mengimbau momen perit ketika menuntut ilmu di sana.

Menurut Haze, Sir Putra itulah yang banyak membantunya agar terus bangkit daripada dibuli oleh segelintir pelajar ketika di sekolah.

“Inilah cikgu yang telah ubah hidup aku. Sebelum aku bergelar pengacara content creator dan pempengaruh, 20 tahun lalu aku adalah seorang remaja yang jiwanya telah mati. Aku tak pandai macam kawan-kawan lain.

“Malah, kerana aku berperwatakan lembutorang yang jauh lebih dewasa dan sepatutnya matang pada waktu itu pun melihat aku seperti daging busuk bernyawa.

“Fikir sendiri apa impaknya pada kesihatan mental aku sebagai budak berusia 13 tahun. Erti kata lain, mujur aku masih lagi hidup hari ini,” katanya.

Selain itu, Haze turut menyatakan gurunya itulah yang memperkenalkannya ke bidang seni dan berjaya sehingga kini.

“Pada 2003, Tuhan temukan aku dengan seorang guru yang namanya Sir Putra yang telah membentuk sebuah kumpulan teater untuk aku dan kawan-kawan berkarya.

“Dari teater itulah jadi ruang selamat aku untuk lari dari masalah dunia. Ruang selamat dari dunia yang jahat kerana Sir Putra lah benih awal keberanian dan kreativiti aku disemai.

“Yang telah menghidupkan sebuah jiwa seorang remaja yang telah mati. Yang hari ini remaja itu telah menjadi dewasa. Yang buat perkongsian kehidupan di media sosial. Yang buat anda ketawa di kaca tv. Yang jadi pejuang hak kemanusiaan di seluruh dunia,” jelasnya.

Malah, pengacara itu turut mencalonkan cikgunya dalam Anugerah Guru Inspirasi 2023 tajaan Mc’Donalds Malaysia sebagai penghargaan.

“Terima kasih Sir Putra. Tanpa Sir, saya hanyalah baja pepohon melur yang bernisan,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa tersentuh dengan perkongsian tersebut di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 May 2025

Dari Buku Bestseller Ke Layar Perak, Pak Nasrullah Teruja Dr Muhaya Setuju Muncul Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita

Pak Nasrullah banyak terinspirasi dengan kata-kata positif pakar motivasi tersohor, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Terpalit Dakwaan Bercinta Dengan Selebriti Indonesia, Ini Respons Nadia Annuar 

Nadia Annuar tepis dakwaan bercinta dengan jejaka Indonesia

Trending Thu, 25 Oct 2018

10张你一定看过「严重PS失误」的电影海报

其实好像真的很少人会仔细地去观察电影海报,不过海报正是最多不合逻辑和奇怪的东西会出现的地方。若不仔细观察,你能看出问题吗?

Featured Mon, 28 Jun 2021

Bank Mampu Laksanakan Moratorium Penuh Kepada B40 Dan M40

Umum maklum mengenai pengumuman PKP yang dilanjutkan sehingga Julai ini. Justeru, ramai yang mempersoalkan mengenai pelaksanaan bantuan seperti moratorium dan i-Sinar. Menurut Presiden Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN, Datuk Sohaimi Shahadan , pemberian moratorium kepada golongan […]

Selebriti Sat, 15 Jul 2023
Featured Thu, 29 Sep 2022
Trending Mon, 18 Jan 2021
Featured Fri, 23 Sep 2022
error: Content is protected !!