Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 18, 2021 @ 12:11pm

Jadi Kontak Rapat, Haqiem Rusli Bersyukur Negatif COVID-19

Penyanyi popular, Haqiem Rusli bersyukur apabila disahkan negatif COVID-19 selepas membuat ujian calitan.

Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, memaklumkan perkara terbabit menerusi muat naik akaun Instagram miliknya.

“Syukur, pagi ni dapat keputusan negatif,” tulis Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 33 (ABPBH 33) di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, Haqiem menjalani ujian saringan selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang disahkan positif COVID-19.

Dalam pada itu, single terbaru Haqiem yang berjudul Mimpi masih mengungguli carta trending di laman YouTube YouTube.

Meraih lebih 2.1 juta tontonan selepas seminggu dilancarkan, muzik video Mimpi kini berada di tangga #2 carta terbabit.

Kali ini, Haqiem bergandingan dengan penerbit popular, Datuk A. Aida untuk menghasilkan lagu dan lirik Mimpi.

“Ini pengalaman pertama saya bekerja dengan beliau di dalam studio. Saya suka semangat  dan kesungguhannya sewaktu bekerja.

“Sejujurnya, saya kagum dengan Datuk A. Aida. Dia bukan sahaja wanita yang berjaya dalam perniagaan malah ibu tunggal yang gigih tanpa kenal erti putus asa,” kata Haqiem.

Mimpi merupakan single ke-14 Haqiem dan menjadi runut bunyi drama bersiri Bidadari Salju yang sedang rancak ditayangkan di slot Akasia TV3.

Jangan lupa saksikan minggu terakhir drama bersiri Bidadari Salju yang dibintangi oleh Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya dan ramai lagi setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Thu, 12 Mar 2020

“Semua Orang Tahu Suara Kau Tak Sedap!”- Bonda Rozita Tegur Alif Syukri Secara Terbuka Di Instagram

SIAPA tidak kenal usahawan komestik muda Dato’ Aliff Syukri. Selain terkenal sebagai seorang usahawan yang berjaya, lelaki berusia 33 tahun ini juga sentiasa terpalit dengan pelbagai jenis kontroversi. Masih belum reda lagi tentang kes dakwaan […]

Kisah Viral Wed, 19 Feb 2025

Demi ‘Content Eyka Hilang’, Ammar Nazhan Didakwa Bayar RM10,000 kepada Polis & Tentera Indonesia?

Rakan dakwa Ammar Nazhan bayar individu jadi kambing hitam mengaku content palsu

Hiburan Sun, 5 Jan 2025

“Sebagai Seorang Ibu, Saya Bersyukur Lihat Anak Kedua Selamat Bernikah” – Sheila Rusly

Alhamdulillah, anak kedua Sheila Rusly selamat bernikah baru-baru ini.

Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Mon, 17 Jun 2024
Featured Fri, 29 Aug 2025

Filem Assalamualaikum Baitullah: Sarat Dengan Sajian Emosi Tentang Cinta, Kehilangan & Keikhlasan

Sebuah filem yang sarat dengan emosi, pengajaran serta perjalanan spiritual.

error: Content is protected !!