Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 5, 2025 @ 9:37pm

“Sebagai Seorang Ibu, Saya Bersyukur Lihat Anak Kedua Selamat Bernikah” – Sheila Rusly

Anak kedua kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly, Luth Mikhail Azman, 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Beatrice Valeria Chitra, 24, pada Jumaat lalu.

Luth Mikhail dan Beatrice terlebih dahulu bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan dalam suasana yang sederhana namun penuh bermakna, disaksikan oleh keluarga terdekat, rakan-rakan dan sahabat handai kedua-dua pihak.

Sheila yang juga isteri kepada pengarah terkenal Azman Yahya atau dikenali sebagai Jinggo meluahkan rasa terharu selain berkongsi kegembiraan melihat anaknya melangkah ke alam perkahwinan.

“Sebagai seorang ibu, saya amat bersyukur melihat Mikha kini menemui pasangan hidup yang terbaik untuknya. Saya mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Dalam detik istimewa itu, dengan penuh rasa kasih sayang, saya tidak lupa berdoa agar ikatan suci yang sedang dijalin mereka menjadi ladang kebahagiaan yang subur sampai bila-bila, insya-Allah,” katanya.

Pasangan kedua mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis persandingan yang penuh indah hasil sentuhan Juweinezain Bridal Gallery di Geo Resort & Hotel Genting Highland dengan dihadiri ahli keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan artis.

Luth Mikhail dan Beatrice Valeria yang masing-masing kelihatan anggun dan tampan pada hari istimewa menzahirkan rasa syukur atas pernikahan tersebut yang berjalan lancar.

Perkahwinan ini turut mendapat perhatian ramai peminat Sheila yang tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah dan doa melalui media sosial.

Pihak keluarga juga memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan pengantin ini sepanjang perkahwinan mereka.

Terlebih dahulu, Beatrice yang berbangsa Cina dari Jakarta Indonesia telah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Kurang Selesa Kongsi Soal Peribadi, Intan Ladyana Kunci Mulut

Kalau dah sampai hari bahagia, jangan lupa jemput kami yer!

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Masuk Islam Bukan Sebab Saya’- Ezlynn

Ezlynn mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka bangsa lain.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Lelaki Hina Abam Isu DNA Anak, Tampil Mohon Maaf!

Tahniah Abam kerana memaafkan tindakan lelaki tersebut terutamanya dibulan mulia ini.

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

‘Yang Kaya Itu Tak Semestinya Buat Kau Bahagia’- Perkongsian Shakila Khoriri Curi Perhatian Netizen

Tapi kalau lah Allah nak duga, akan datang dugaan tu. Aku tak kata Fizi tu sebaik manusia. Ada juga nakal dia, aku tahu. Sebab dia LELAKI…

Events Sun, 27 Feb 2022

SOP Lengkap Dos Penggalak Tunai Solat Jumaat Hanya Terpakai Di Selangor

Sebelum ini, rata-rata masyarakat ada yang kurang berpuas hati terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat Jumaat apabila hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan hadir ke masjid atau surau. […]

error: Content is protected !!