Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 14, 2025 @ 2:59am

Video Rehearsal Khatam al-Quran Amira Othman Sorot Perhatian, Netizen Komen: “Alhamdulillah, Sejuk Tengok Pasangan Ni”

Selebriti sensasi, Fattah Amin dan Amira Othman bakal bergelar pasangan suami isteri beberapa jam sahaja lagi.

Sebelum menamatkan zaman anak dara, Amira bakal mengadakan majlis khatam al-Quran di sebelah pagi 14 September sebelum bernikah dengan Fattah di sebelah malam.

Terbaharu, video rehearsal majlis khatam al-Quran Amira yang dikongsikan di ruangan Instagram Stories pendakwah terkenal, Ustazah Asni Mansor menyorot perhatian warganet.

Peminat memuat naik foto di sekitar majlis rehearsal terbabit di laman sosial Threads dan perkongsian tersebut mendapat maklum balas positif.

Sebelum ini, pelakon kacak Fattah Amin mencuri perhatian apabila membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira Othman bersama adiknya, Irfan Haris, berjudul Rasa & Takdir pada Isnin lalu.

Menerusi acara itu, Fattah akhirnya mendedahkan mengenai status hubungan mereka berdua sekali gus berkongsi tarikh perkahwinannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi Terjawab, Fattah Amin Umum Majlis Ijab Kabul Bersama Amira Othman Ahad Ini! – “Selepas ini Kami Rakan Serumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Romantis, Bersejarah & Eksklusif… Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman Diabadikan Dalam 10 Bahagian Istimewa

ARTIKEL BERKAITAN:Pengurus Dedah Fattah Amin & Amira Othman Tak Lalui Proses Pertunangan.. Pilih Bercinta Lepas Nikah

Menariknya, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan sensasi ini secara langsung pada 14 September, jam 8 malam, menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).

Terdahulu, desas desus mengenai spekulasi yang mengatakan Fattah bakal menamatkan zaman solonya dalam masa terdekat tular di media sosial sekali gus menyorot perhatian ramai pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mark Adam Masih Berahsia

Semoga dipermudahkan urusan buat Mark dan ibunya…

Events Fri, 18 Oct 2019

Masya Masyitah And Jeryl Lee Will Host The Biggest New Year Countdown Concert At Arena Of Stars

Two rising stars, in one magical night that will definitely take your breath away.

Hiburan Mon, 26 Dec 2022
Hiburan Tue, 3 Sep 2024

Ada Yang Dengki Abby Abadi Kembali Aktif Berlakon, Ini Respons Empunya Badan – “Hitam Sangat Hati Tu…”

Sebelum ini Abby pernah cakap akan berlakon semula sekiranya dapat watak bernilai di sisi Allah, mungkin drama ini? Nantikannnnn!

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Apwiter, Afif Tirmizie Pertaruh ‘Genggam’, Gabungan Hip Hop & Warisan Melayu!

Afif Tirmizie teruja lancar lagu baharu berjudul Genggam

error: Content is protected !!