Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 3, 2024 @ 5:25pm

Ada Yang Dengki Abby Abadi Kembali Aktif Berlakon, Ini Respons Empunya Badan – “Hitam Sangat Hati Tu…”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berkongsi perkembangan terkini apabila dia kembali aktif berlakon drama setelah sekian lama tidak aktif menjalani penggambaran.

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby memaklumkan ada segelintir pihak yang kurang senang melihat dirinya berlakon bersama aktor, Zack X Factor.

“Sekarang saya berlakon dengan Zack X Factor. Kami sebaya… Ada yang dengki kata nampak macam mak dengan anak.

“Nampak hitam sangat hati tu, jeles ke awak? Kurus jeles. Berlakon jeles. Awak ok ke tu? Bahagia tak hidup tu?,” katanya.

Dengan tenang Abby membidas kritikan netizen itu mengatakan rezeki setiap manusia di muka bumi ini telah ditetapkan oleh Allah SWT sekaligus menyeru pengikutnya untuk mengabaikan hantaran di Instagaram sekiranya tidak suka.

“Tak baik tau jeles-jeles dengan rezeki orang. Rezeki awak pun ada dah Allah aturkan. Jadi jaga diri baik-baik ok.

“Esok saya masuk gambar dengan video lagi banyak ok. Yang suka tengok, tak suka abaikan,” katanya.

Sebelum ini, Abby pernah dikritik seakan menggeletis dalam satu video bersama aktor, Aeril Zafrel.

Bagaimanapun, Abby menegaskan tiada babak bersentuhan dalam penggambaran yang dijalankan bersama suami kepada aktres, Wawa Zainal itu.

Artikel Berkaitan: “Moga Ada Keajaiban” – Abby Abadi Sedih Da’i Syed Dihukum Penjara?

Artikel Berkaitan: Bersalin Bayi Pra Matang, Abby Abadi Mengaku Masih Belum Dapat Khabar Dari Marissa Dania – “Tak Tahu Nak Nasihat Apa”

Artikel Berkaitan: Lama Tak Berlakon, Abby Abadi Hanya Pilih Watak Bernilai Di Sisi Allah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Jul 2024
Featured Fri, 24 Mar 2023

Hilang Banyak Tawaran Kerja, Dafi Dedah Pernah Pecahkan Tabung – “Ayah Dah Tak Jadi PM, Semua Lesap”

Nampak gah dan mewah, tapi dalam diam tiada siapa yang tahu kan.. Sabar ya Dafi! 💪🏻

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Cassidy La Creme Jatuh Cinta Dengan Lelaki Melayu?

Ehem… siapa agaknya jejaka bertuah tu kan?

Hiburan Wed, 16 Oct 2024

Usaha Farid Kamil Pertahankan Rumah Tangga Wajar Dicontohi Para Suami? Tuan Badan Respons – “Kembali Kepada Agama Saja”

Usaha Farid Kamil nak selamatkan rumah tangga dengan Diana Danielle memang patut dipuji kan 🫡

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Nazim Othman Dan Fatin Afeefa Sah Bercinta?

Wah, sama cantik, sama padan gitu!

Featured Fri, 17 Jan 2025
error: Content is protected !!