Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 24, 2023 @ 6:14pm

Hilang Banyak Tawaran Kerja, Dafi Dedah Pernah Pecahkan Tabung – “Ayah Dah Tak Jadi PM, Semua Lesap”

“Saya pernah pecahkan tabung duit syiling untuk buat belanja sampai hujung bulan,”

Demikian pengakuan penyanyi, Dafi, 35, bercerita mengenai susah senangnya sebagai seorang selebriti yang kadang kala dipergunakan oleh segelintir pihak.

Mengulas lebih lanjut, Dafi berkata semenjak bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri, dia kehilangan banyak tawaran kerja.

“Tawaran bekerja bukan tiada langsung. Memang ada, tapi ada juga yang dah dipersetujui tapi dibatalkan begitu saja. Tiba-tiba mereka beritahu tak jadi sedangkan sebelum itu beriya-iya bagi tawaran.

“Saya nak persoalkan sangat sebab perkara ini berlaku pun susah juga. Jadi, saya terima saja dan anggap tiada rezeki. Tahun lepas jadual saya kosong tiada apa-apa tawaran.

“Saya tak rasa sedih kerana dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Cuma orang tak faham saya sebenarnya dari awal tak terbabit dengan karier politik ayah,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Dafi berkata ramai yang tidak mengetahui hal sebenar dan menganggap dirinya ‘orang senang’ sepanjang bapanya menjadi ahli politik.

“Orang selalu cakap Dafi senanglah sebab anak ‘seseorang’. Bukan nak cakap besar, kalau saya nak guna ayah saya, mungkin kedudukan saya bawah sikit dari Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Tapi ayah saya bukan jenis begitu. Dia pun bermula dari bawah. Maknanya dia tahu rasa puas itu datang bila semua itu dapat sendiri. Kami anak-anak tak dapat apa keistimewaan pun.

“Mereka tak tahu situasi sebenarnya. Malah waktu-waktu tiada tawaran kerja, saya pernah pecahkan tabung berisi duit syiling bawa ke bank untuk ditukar buat belanja sampai hujung bulan.

“Ayah tak bagi duit pun. Saya pun bukan jenis meminta-minta. Memang malu apabila dah besar masih mengharapkan mereka,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Dafi mengakui tidak terkesan selepas bapanya tidak lagi memegang jawatan tersebut.

“Saya tak kisah sebab saya tak hadap (minta) pun. Saya dah ada orang-orang yang saya rasa perlukan dan akan kekal di situ. Tapi contohnya masa ayah ada kuasa, ramai yang datang.

“Saya sampai tak senang dalam hidup kerana nak melayan orang. Nanti dikata sombong, mereka datang dengan cara baik jadi saya layanlah.

“Semuanya saya jaga. Bila dah tiada apa-apa, semuanya lesap macam itu saja. Masa ayah dilantik jadi Perdana Menteri, saya balas mesej dari jam 5 petang sampai 9 pagi esok. Mereka yang dah lama hilang pun tiba-tiba bertanya khabar,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

APLIKASI SHAZAM KINI BERSAMA APPLE

Lepasni, kesemua pengguna dan penggemar jenama Apple dan Shazam boleh memuat naik terus lagu-lagu kegemaran mereka sepantas yang mungkin

Trending Mon, 23 Mar 2020

“Aku Dah Penat Dengan Semua Ni!,”- Difitnah Selepas Umum Penceraian, Alha Alfa Luah Perasaan Di Instagram

SELEPAS mengumumkan status perkahwinannya kepada umum, Datuk Alha Alfa menerima kritikan yang pelbagai daripada netizen dan ada yang beranggapan bahawa jurusolek terkenal itu sengaja membuka aib bekas isterinya, Noor Azlin,24. Menurut Alha,31, dia tidak kisah […]

Trending Thu, 11 Jan 2018

‘Bandar Rahsia’ Paling Cantik di Thailand

Khao Yai adalah salah satu daripada daerah yang paling cantik di Thailand, hanya 3 jam memandu dari Bangkok.  Khao Yai juga dikatakan sebagai mini Europe dengan taman bunga yang luas, replika rumah hobbit dan struktur […]

Featured Wed, 20 Oct 2021

“Ramai Panggil Saya C*laka, Bab*…” – Didakwa Buka Aib Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Pelakon, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf atas kesalahannya terlepas kata mengenai isu melibatkan pengalaman berlakon bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal. Menurut Fauzi, laman sosialnya menjadi sasaran netizen yang mendakwanya membuka aib Raja Farah. […]

Featured Fri, 2 Dec 2022
Trending Wed, 17 Jun 2020

Cukup Sayu, Cucu Bagi Bantuan CPR Demi Selamatkan Nenek Dijangkiti Covid-19

Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga pemuda ini.

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Park Hae Jin Absent from Filming of Four Sons for 20 Days!

But it apparently isn’t really the actor’s fault…

error: Content is protected !!