Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari July 16, 2023 @ 3:42pm

“Nak Kahwin Kena Ada Keinginan” – Lebih 7 Tahun Menduda, Along Cham Belum Terbuka Hati Cari Pengganti

Pelawak dan pelakon, Along Cham akui belum terbuka hati untuk mencari pasangan baharu setelah lebih tujuh tahun berstatus bapa tunggal.

Namun, memetik laporan Harian Metro, Along berkongsi bahawa anaknya, Ahmad Daniel sering mengusiknya untuk berkahwin lagi.

Walaubagaimanapun, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad menyatakan keinginannya untuk berkahwin semula masih tiada dan tidak mempunyai masa untuk mencari pengganti.

“Masih solo lagi, terlalu sibuk dengan kerja dan cari rezeki. Kehidupan saya sekarang, kalau ada penggambaran, lepas habis terus balik rumah. Rakan-rakan pun kadang-kadang bising tak ikut lepak kalau diajak.

“Saya kurang berpeleseran nak cari jodoh. Nak kahwin kena ada keinginan, betul tak? Kalau kata bercinta, bercinta sajalah sampai 10 tahun. Anak saya okay saja, dia paling kuat menyakat. Tapi, saya cakap nantilah, ada (jodoh), adalah,” ujarnya.

Tambahnya, untuk mendirikan rumah tangga kembali bukan perkara yang mudah malah dia perlu mengutamakan anaknya.

“Kalau saya nak kahwin kali ini, kena pastikan keputusan itu adil untuk anak saya. Sama juga dengan ibu tunggal yang ada anak di sisi, dia kahwin, suami dia kena terima anak dia.

“Saya pegang satu saja, pakar agama selalu cakap kalau lambat itu bersebab. Mungkin Allah nak bagi saya bantu keluarga dulu, bantu adik saya yang masih belajar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Along meluahkan rasa kesal apabila ada pihak tularkan semula kontroversi yang melibatkan kisah silam bekas isterinya di media sosial.

“Baru-baru ini, saya ada terkilan sedikit sebab ada pihak tularkan semula kisah silam itu. Sebelum ini pun pernah sampai ke pengetahuan sekolahnya. Tapi, dia (anak) ambil hal itu dengan tenang.

“Tak tahulah penularan yang terbaharu ini sudah merebak ke sekolahnya juga. Saya ada minta kenalan rapat suruh padam hantaran itu. Satu, ia tak bagus untuk anak saya dan tak bagus juga kepada perkahwinan bekas isteri saya. Ia boleh mendatangkan kemudaratan,” luahnya lagi.

Untuk rekod, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia (AF4), Zila Seeron pada 23 Januari 2010.

Namun begitu, mereka telah bercerai pada 29 Ogos 2016.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Jan 2023

“Poligami Itu Indah Kalau Suami Berlaku Adil” – Puteri Sarah

Indah kan kalau berlaku jujur dan adil…

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

‘Bukan Tak Nak Jumpa Mufti Tapi…’ – Safiey Ilias Tolak Jemputan ‘Mengeteh’?

Sudah diajak ‘mengeteh’, kenapa pula Safiey segan nak jumpa Mufti Wilayah Persekutuan?

Trending Tue, 24 Mar 2020

COVID-19: Pengorbanan Mulia Rakyat Turki Sanggup Edar Makanan Di Tepi Jalan Buat Golongan Miskin

Di saat situasi darurat ini, bersyukurlah kita masih mampu bertukar menu makanan dan hidup dalam keselesaan namun apa nasib golongan seperti ini?

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Hiburan Thu, 18 Jul 2019
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Kongsi Tips Untuk Murah Rezeki, Sarah Minta Suami…

Wow! Nak murah rezeki? Follow tips Sarah!

Trending Sat, 31 Jul 2021

Apa Kesudahan Drama Ayahanda? Jangan Lupa Saksikan Episod Akhir Malam Ini!

Drama Ayahanda mendapat perhatian ramai semenjak ia mula bersiaran dan menemui penonton pada 10 Julai lalu. Selain memaparkan jalan cerita yang tidak klise, aksi pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, […]

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Diusik ‘Used Car’, Elly Mazlein Minta Maaf Dengan Bakal Suami

Harap tak berulang lagi kes begini di masa depan ok?

error: Content is protected !!