Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 29, 2019 @ 10:03pm

Kongsi Tips Untuk Murah Rezeki, Sarah Minta Suami…

Untungnya Shuib Sepahtu kerana mempunyai isteri yang sangat memahami kedudukannya sebagai isteri dan menantu apabila sentiasa mendahulukan ibu mertuanya. 

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin berkongsi tips buat suami dan isteri untuk murah rezeki dan tips yang paling penting menurutnya ialah suami perlu banyak bersedekah terutama sekali dengan ibunya sendiri yang telah melahirkan dan membesarkannya. 

“Syukur Alhamdullillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yang tak pernah kami duga, Alhamdullillah..

“Antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah suami kena banyak bersedekah, terutamanyan jangan kedekut dengan ibu!!! Ibu yang melahirkan awak..kalau bagi sejuta sebulan pun belum cukup untuk bayar balik sewa yang awak pernah duduk dalam perut ibu,” tulisnya. 

Menurut Sarah, bukan itu sahaja malah isteri juga antara pintu rezeki buat suami tetapi mesti ada ‘give and take‘ dan tidak meminta-minta apabila suami tidak mampu.

“Jangan kedekut dengan isteri. Isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas..tapi isteri pun janganlah ambil kesempatan pada suami.  Isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan. 

“Kata orang, the art of give and take.  Saling memahami dan berkongsi.  Ada seringgit kita belanja seringgit sama-sama, ada sepuluh sen kita fikirkan macam mana nak gandakan sama-sama.

“Isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.  Tanpa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak, janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua, Allah murka pada sebuah keluarga itu,” jelas Sarah. 

 
 
 
View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga Alhamdulillah… antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!! Ibu yg melahirkan awak .. kalau bagi sejuta sebulan pon belom cukup untuk bayar balik sewa yg awak pernah duduk dalam perut ibu?? .. jangan kedekut dengan isteri .. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pon jangan lah ambil kesempatan pada suami .. isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan. Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama2 ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama2. isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tampa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak?? jaganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.. tag your husband and pls tag your wife ????

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

 

Entri instagram yang dimuatnaik Sarah ini menunjukkan rakaman dirinya yang sedang meminta kad kredit dari suaminya dan antara komen-komen yang memenuhi ruangan komen entri tersebut, komen Shuib amat mencuit hati!

“Antara penyebab rambut tidak tumbuh lagi @sitisarahraissuddin” 

Sarah dan Shuib telah mendirikan rumahtangga pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

首韩团BTS帅踏《2017全美音乐奖》红毯

《2017全美音乐奖》20日(当地时间19日)在美国洛杉矶举行,然而除了欧美歌手齐聚一堂外,另一焦点就是来自韩国的防弹少年团(BTS)将以表演嘉宾的身份出席,也是韩团的第一人。

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Pak Nil dah bantu sebaik mungkin, Allah lebih sayangkan arwah abang Ibnor Riza❤️ Al-Fatihah.

Featured Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Mon, 28 Oct 2024

Drama Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi K-Drama Popular Autumn In My Heart

Mesti best ni kalau dah adapatasi dari cerita Korea Selatan🥹🥹🥹

error: Content is protected !!