Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 28, 2024 @ 6:22pm

Drama Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi K-Drama Popular Autumn In My Heart

Menghiasi slot Akasia bagi musim terbaharu, drama rantaian Luruhnya Bunga Cinta lakonan hebat Redza Roshdi dan Tracie Sinidol sudah mula ditayangkan bermula 25 Oktober lalu.

Mengisahkan tentang perjalanan cinta yang penuh liku antara Nuh (Redza Rosli) dan Nuha (Tracie Sinidol) yang terus dihimpit cabaran, hubungan mereka kembali tergugat apabila Awal (Aniq Durar)  muncul secara tiba-tiba dan menghalang langkah mereka.

Dalam masa sama, Aleen (Bella Luna) bergelut untuk menerima kenyataan pahit bahawa cinta Nuh terhadapnya telah pudar sehingga menyebabkan dia terjerumus dalam tekanan emosi sekaligus kehilangan arah.

Sementara itu, kehidupan Nuha berubah secara drastik apabila dia didiagnos menghidap kanser berdarah tahap ketiga.

Bagaimanapun dalam usaha untuk menyembunyikan penderitaannya daripada Nuh, Nuha mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dan menyatakan bahawa perasaannya terhadap Nuh telah hilang.

Nuha memilih untuk memutuskan hubungan cinta mereka sekaligus mengorbankan kebahagiaan demi memastikan Nuh tidak dihantui kesedihan.

Drama yang diadaptasi menerusi drama Korea Selatan popular, Autumn In My Heart ini sememangnya masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, Tracie berkata, episod baharu kali ini permainan emosional lebih mendalam selain berharap para penonton akan sama-sama merasai setiap detik perjuangan cinta antara Nuh dan Nuha.

“Saya tak sabar dan sangat teruja akhirnya Luruhnya Bunga Cinta 2 bakal bersiaran!

“Saya berharap musim terbaharu ini akan diterima dengan penuh semangat oleh peminat, sama seperti musim sebelumnya.

“Setiap watak pada musim ini lebih mendalam sisi emosionalnya, dan saya berharap para penonton akan sama-sama merasai setiap detik perjuangan cinta mereka. Dan setiap detik yang saya habiskan dalam penggambaran ini adalah satu pengalaman berharga, dan saya tidak sabar untuk melihat reaksi penonton,” katanya.

Selain Tracie, drama ini juga turut dibintangi oleh Redza Rosli, Nabila Razali, Bella Luna, Auni Yusri, Aniq Durar dan ramai lagi.

Drama 20 episod ini juga menjadi antara target dan bakal mencetuskan fenomena serta mengulangi kejayaan luar biasa pada musim lalu.

Bagaimana kesudahan cinta Nuh dan Nuha? Berjayakah Nuh mengahwini Nuha dan mengecapi kebahagiaan, atau mungkinkah ajal Nuha tiba terlebih dahulu sebelum impian membina mahligai perkahwinan mereka tercapai?

Saksikan kisah yang penuh dengan emosi dan pengorbanan ini dalam drama Luruhnya Bunga Cinta 2 menerusi slot Akasia bermula 25 Oktober 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my.  Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 15 Jul 2022

“Roger 7 Boyfriends Tu..” – Pasangan ‘Pelawak’ Minta Dana Awam RM40,000 Untuk Ikat Jamin, Reaksi Caprice Sangat Win!

Alamak, direct gitu je Cap bagi! Katanya, dana yang terkumpul setakat ini hanya RM3,000. Fuhh

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

四叶草:成为网红并不难,能红多久才重要!

超人气新生代女神Joyce四叶草担任《你能有多红 – 创意视频竞赛》宣传大使!推介礼上,她坦言要成为网红并不难,唯能红多久,要怎么求上进才最重要。

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Hans Isaac Jawab Isu Dating Dengan Lofa?

Pertemuan itu cuma kebetulan dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen. 

Events Wed, 2 Nov 2022

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Antara Calon PRU15 Wakili Gerakan Tanah Air (GTA)

Eizlan, Idham & Lando bakal bertanding di Sabak Bernam, Port Dickson & Tanjong Karang.

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Sherry Ibrahim Naik Hantu Dengan FattZura?

Isu kontroversi terbaru mengaitkan Sherry dan perkahwinan FattZura nyata mengundag padah apabila Sherry sendiri sudah tidak tahan dengan spekulasi yang cuba dikaitkan terhadap dirinya itu

TECH Wed, 9 Jan 2019

Go Beast Mode on the New Lenovo Legion Y740 and Y540 Laptops

Bring your gaming experience to the next level.

Featured Tue, 25 Nov 2025

Abby Abadi Tegur Adegan Mencolok Mata Dalam Drama Melayu – “Jangan! Zina Berat Tu”

Abby Abadi tampil menegur lambakan adegan yang disifatkan sebagai tidak wajar dalam drama tempatan khususnya membabitkan aksi bersentuhan dan berpakaian mencolok mata.

Featured Tue, 22 Oct 2024

“Macam Mana Nak Hidup Kalau Hak Dinafikan”- Berang Isu Nafkah, Rita Rudaini Tuju Pada Siapa Tu?

Ada betulnya apa yang Rita cakapkan tu! Bukan senang nak besarkan anak zaman now😇

error: Content is protected !!