Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 2, 2024 @ 3:33pm

Terpesona Dengan Keindahan Khazanah Alam, Ratu Cantik Teruja Teroka Keindahan Gua Di Borneo

Ratu Cantik yang bergelar pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai pengalaman meneroka gua nan indah menerusi rancangan Caves & Caverns.

Bagi pencinta alam semula jadi, mereka pastinya mahu merasai pengalaman berbeza meneroka gua-gua di pelbagai lokasi indah di Kepulauan Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak memiliki keunikan istimewa.

Perlu melalui cabaran berisiko menyusuri kegelapan, laluan berbahaya dan keletihan, namun itu semua terbayar tatkala melihat sendiri depan mata betapa ajaibnya keindahan pesona alam di setiap gua.

Menerusi rancangan Caves & Caverns yang bersiaran di stesen TVS, saluran 122 di MYTV, Unifi TV dan Astro bermula 4 September, setiap Rabu, jam 8.15 malam, Vivienna merasakan bertuah dipilih mengacarakan rancangan itu kerana dia sememangnya seorang yang gemar aktiviti lasak.

“Tak kira macam mana orang kenal saya sebagai ratu cantik, model dan pengacara, saya tak pernah lagi jayakan rancangan sebegini. Personaliti saya sebenarnya seorang yang sangat lasak. Idea dimahukan produksinya adalah untuk jadikan saya pesona dalam rancangan itu.

“Ia bermula selepas saya beritahu pernah lakukan ‘skydiving’ di Dubai dan ‘bungee jumping’ di Afrika Selatan. Mereka tahu saya gemar dan berseronok dengan aktiviti begitu namun bagaimana jika mereka ‘campak’ saya dalam hutan pula?” katanya.

Anak jati Kuching, Sarawak itu berkongsi paling tidak boleh dilupakannya adalah pengalaman berdepan kejadian mistik sewaktu melawat sebuah gua di Sabah. Menurutnya, dari situ dia belajar terdapat pantang larang harus dipatuhi untuk masuk gua.

“Sejak dulu lagi, ada upacara tertentu yang perlu dijalani untuk masuk gua dan semua itu dilakukan ketua kampung di sana terlebih dulu. Dia kemudian memberi amaran supaya kami tidak menegur jika dengar atau lihat apa-apa yang aneh di dalam.

“Sewaktu memasukinya, saya adalah antara yang berada di barisan paling hujung. Apabila sudah bergerak ke dalam, tiba-tiba saya dengar bunyi gamelan. Mulanya, saya ingatkan ada orang buka video TikTok tapi tiada siapa bermain telefon bimbit ketika itu.

“Saya diamkan saja kerana teringat pesanan ketua kampung itu kerana saya pun bukan jenis penakut. Saya cuma membuka mulut sewaktu makan malam pada hari itu. Rupanya seorang jurukamera kami pun ada terdengar bunyi sama.

“Bagaimanapun, saya optimis saja anggap mainan gamelan itu mungkin untuk mengalu-alukan kedatangan kami. Syukur tiada kejadian ekstrim berlaku seperti rasukan atau lain-lain,” katanya.

Penerbitnya, Sherry Sidek dari rumah produksi Above The Line pula berkata Caves & Caverns membawa misi yang cukup luas. Bukan sekadar menonjolkan pengalaman aksi lasak, keindahan gua, namun untuk memecahkan stigma masyarakat juga.

Menurutnya, banyak cabaran ditempuhi kru produksi untuk menjayakan rancangan itu namun semangat ditonjolkan mereka sangat tinggi. Dia percaya pengembaraan mereka itu mampu mencetus inspirasi kepada ramai.

“Rancangan ini bertujuan mengubah takrifan stereotaip tradisional dengan mempamerkan wanita juga lasak serta memiliki kekuatan luar biasa. Kami fokus kepada keazaman dan kesungguhan tinggi wanita bergadai usaha demi menggapai impian mahupun misi hidup.

“Cabaran jayakan Caves & Caverns sangat besar. Paling penting adalah mengumpul pasukan tepat kerana menuntut stamina tinggi, tempoh penggambaran panjang, dan keberanian. Lokasi penggambaran pun bukan calang-calang. Laluan gua sempit, licin, dan macam-macam situasi lagi.

“Visi kami adalah dapat melunaskan hajat untuk gambarkan keunikan setiap gua serta pengembaraannya dalam bentuk filem. Kami percaya Caves & Caverns berpotensi menjadi rujukan berguna untuk penonton menerusi visual memukau dan kisah penuh inspirasi,” katanya.

Sherry turut menjelaskan Borneo dipilih untuk rancangan itu kerana tidak lain keindahan khazanah alamnya setanding tempat lain. Namun begitu, dia tidak menolak terbuka untuk meneroka lokasi lain di Malaysia mahupun negara serantau pula pada masa hadapan.

“Memperluas rancangan ini dengan meneroka Semenanjung Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara bukan saja dapat memartabat khazanah alam kita dan negara serantau. Malah, tawarkan penonton perspektif lebih luas terhadap keindahan dan signifikan landskap yang memukau,” katanya.

Bersiaran sebanyak 13 episod, penonton dibawa meneroka keindahan Gua Sireh, Gua Silabur, Gua Angin, Gua Buddha, Gua Pari-Pari Ajaib, Gua Posih, Gua Niah, dan Gua Mulu di Sarawak. Manakala di Sabah adalah Gua Madai, Gua Terpadung, Agob Batu Tulug, Gua Gomantong dan Makam Penyu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

5 VIDEO KELAKAR ABAD INI

Kalau di Malaysia korang selalu layan video-video viral pasal artis yang selalu berbalas tweet mahupun retweet, kali ini kami di xtra akan tampilkan beberapa video dari beberapa buah negara yang boleh dikatakan viral jugak lah.  Walaupun usia video tersebut sudah beberapa tahun di muat naik dilaman youtube tetapi masih lagi mendapat sambutan.

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Patutlah Nampak Muda, Alif Satar ‘Pecah’ Rahsia Penyanyi Lama

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, betul tak? Lihat ketampanan dua figura bersaudara ini, pasti ramai tertanya, apa agaknya rahsia mereka ya…

Trending Fri, 3 Jul 2020

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Disember

Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali

Featured Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Featured Tue, 22 Jun 2021

Bantuan Kepada M40- Pensyarah Ekonomi

Kerajaan dicadang memperluaskan bantuan kepada golongan M40 dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa inisiatif jangka masa panjang boleh diambil dalam […]

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Netizen Dakwa Sakit Kanser Sengaja Direka, Apa Komen Elyana?

Sebelum ini, Elyana memberitahu dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya keesokan pagi.

error: Content is protected !!