Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 19, 2023 @ 11:56am

Didakwa Pakai Rantai Salib, Haidar Hasanudin Tampil Perjelas – “Sebagai Orang Islam Saya Tak Pernah Terfikir Langsung”

Pelakon Haidar Hasanudin tampil menjelaskan dakwaan dia memakai rantai salib seperti yang hangat diperkatakan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Haidar menafikan bahawa dia memakai rantai salib dan menjelaskan rantai tersebut sebenarnya tersimpul sekaligus mengelirukan.

“Saya mahu tegaskan yang ia bukanlah rantai salib. Sebagai seorang yang beragama Islam saya tidak pernah terfikir langsung mahu mengenakan rantai berlambang salib.

“Sebenarnya, ia merupakan cangkuk kepada pendant rantai yang saya gayakan. Rantai tu tersimpul di bahagian cangkuk terbabit, jadi ia kelihatan agak mengelirukan dalam video,” jelasnya.

Tambah pelakon drama bersiri popular Kampung People 3 itu lagi, dia memohon maaf atas perkara tersebut dan mengakui khilaf.

“Saya memohon maaf atas segala kekeliruan dan saya berharap penjelasan yang saya berikan dapat menjernihkan keadaan.

“Saya mengaku kekhilafan saya yang mungkin terlepas pandang dan saya sangat sesali perkara ini dan menjadikan ia sebagai pengajaran di masa akan datang,” tutupnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video temu bual yang memaparkan Haidar mengenakan pakaian serba hitam ke sebuah anugerah.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah netizen mendakwa rantai yang dipakai Haidar adalah berbentuk salib.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 24 Apr 2022
Featured Sun, 28 Aug 2022
Trending Sun, 19 Jun 2022

“Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

Adibah Noor tolak tawaran untuk keluar televisyen seolah-olah tahu dirinya akan pergi buat selamanya.

TECH Wed, 19 Dec 2018
Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!