Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 28, 2022 @ 3:42pm

Selalu Jahat Je! Kali Ini Pablo Amirul Tonjol Sisi Berbeza

Sering memegang watak antagonis, pelakon Pablo Amirul seolah tidak percaya apabila ditawarkan watak yang berbeza menerusi filem Air Force the Movie: Selagi Bernyawa.

Menurut Pablo, pada awalnya dia sering bertanya kepada pengarah sama ada betul atau tidak dia perlu melakonkan watak tentera dan bukan pengganas.

“Masa mula-mula dapat tawaran saya selalu tanya director, are you sure you nak I jadi military, instead of villain? Saya suruh mereka fikir masak-masak dulu.

“Sebab Malaysia selalu lihat Pablo memegang watak yang villain, jahat. Tapi kali ni, anda bakal melihat sesuatu yang berbeza,” katanya kepada XTRA.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Pablo ketika ditemui di Majlis Pra Tonton dan Sidang Media Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, Pablo menyatakan dia tidak mempertikaikan tawaran yang diberikan, sebaliknya dia ingin memastikan apa yang ditawarkan itu betul.

“Saya tahu kekuatan saya adalah watak villain. Bukan tidak berani nak mencuba watak protagonis tapi kita tahu kita punya value tu kat mana. Sebab tu saya nak memastikan orang yang ambil saya bekerja tawarkan watak yang betul.

“Bukan kerana nak pertikaikan cuma saya tahu tawaran tu datang mesti bersebab. Cuma kita berasa sedikit kurang percaya macam, betul ke ni filem tau? Bajet besar itu sahaja.

“Tapi kalau mereka dah pilih saya, apa pilihan yang saya ada selain daripada menjayakannya,” katanya.

Namun, pelakon itu turut menyifatkan watak yang dibawanya menerusi filem ini mampu membuat penonton terkejut dengan kelainan yang ditonjolkan menjadi.

“Bergerak menjadi seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) adalah yang paling susah, sebab kita cuba nak cari kelainan yang saya nak bawa. Orang dah tahu Pablo jahat, semua orang ingat Pablo jahat dalam cerita ni.

“Tapi, bila mereka melihat flow dalam cerita ni, semua orang mungkin akan terkejut dengan watak saya. Sebab kita dah sepakat jangan bocorkan biarkan penonton yang melihat.

“Sejujurnya Sarjan Tuai takkan dilahirkan tanpa seorang pengarah dan rakan-rakan berlakon yang hebat untuk memastikan apa yang disampaikan menjadi,” katanya.

Jangan lupa saksikan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam berhampiran bermula 25 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pikul Amanah Besar TUDM, Adi Putra Akui Sukar Bawa Imej Tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Tampil Dalam Filem, Johan As’ari Lebih Serius Pilih Naskhah

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Cipta Sejarah Tersendiri! Air Force The Movie Raih Kutipan RM6 Juta Dalam Masa 3 Hari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 11 Nov 2024

Bangkit Nostalgia! Battle Of Time: Exists & Masdo Cetus Gelombang Kugiran Dua Era

Selain memberikan pengalaman ‘pulang’ ke masa silam, dua nama besar ini semestinya layak diberikan penghargaan🙌🙌🙌

LIFESTYLE Sat, 22 Dec 2018

Festival Takanakuy, Penduduk Dibenarkan Bertumbuk, Menggigit Satu Sama Lain

Festival Takanakuy, Penduduk Dibenarkan Bertumbuk, Menggigit Satu Sama Lain Untuk Lepas Geram Setiap 25 Disember

Trending Thu, 18 Jun 2020
Hiburan Fri, 14 Dec 2018
Trending Wed, 18 Sep 2019

Is Someone Playing Jumanji Again In Terengganu?

First, tigers and ocra and now a black panther?

Featured Fri, 4 Mar 2022
Trending Fri, 22 Dec 2017

Pertemuan Di Dalam Grab, Sanggup Kejar

Dari Pertemuan Di Dalam Grab, Kisah Sweet Yang Terjadi Buatkan Lelaki Morocco Jatuh Cinta Dan Sanggup Kejar Wanita Ini

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Kalau Jumpa, Tolong Beritahu Saya!

Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…Amin!

Trending Tue, 13 Mar 2018

火山喷出「惊天巨猫」照片疯传

日本九州宫崎县与鹿儿岛县交界处雾岛山新燃岳火山,自从3月1日开始持续发生火山活动,10日凌晨2时喷发时、烟尘一度高达4500公尺,因此发生了罕见的火山雷现象。只是当地居民也意外发现,火山喷出的烟尘形状竟然像是一只猫咪,照片也立刻引起了网路疯传。

error: Content is protected !!