Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 22, 2017 @ 2:00am

Pertemuan Di Dalam Grab, Sanggup Kejar

rang kita ini, kalau cantik aje mesti kurus dan putih. Jika sebaliknya, mula la nak kata belakang atau
ketawakan. Apa yang tuhan cipta itu semua cantik-cantik, dan tidak ada cacat celanya. Yang penting sihat tubuh badan.

Namun apa-apa pun, kisah percintaan kakak kita seorang ini romantik betul. Walaupun memiliki badan besar namun dia berjaya menarik hati seorang jejak dari Morocco. Wah bukan calang-calang yaa. Apa yang menariknya kisah pasangan ini, ia bermula secara tidak sengaja.

Mari ikuti perkongsian kisah cinta dari Aiffa Syakirin, bagaimana mereka bercinta dan kenapa dirinya menerima suaminya itu. Jodoh dan pertemuan itu semuanya terletak ditangan tuhan.

Kisahnya macam ini, akak seorang pengasuh dan part-time pemandu Grab. Tahun lepas, lebih kurang dalam bulan 10 ke 11 macam tu, husband akak travel ke Malaysia dan Singapore. Akak tinggal di JB. Masa husband dari Singapore masuk ke Malaysia.. di CIQ, dia pun guna Grab akak untuk ke Airport Senai. Akak memang seorang yang peramah lagi-lagi dengan outsiders. Hehehehe…Jadi dalam perjalanan tu akak borak lah dengan husband ni sampailah airport tu. Selang beberapa hari.

Akak dapat WhatsApp dari husband. Masa tu, husband dah balik Morocco dah. Kami berhubung jarak jauh. Selama setahun. Hanya berhubung guna WA, Skype dan Messenger. Husband akak ni dia petani kat sanan. Setiap kali musim sejuk dia tak bercucuk tanam. Jadi dia akan travel, tu yang last year dia travel Malaysia dan Singapore. Jadi, tahun ini, masuk je bulan 11 hari tu, dia travel ke sini sekali lagi untuk melamar akak dan terus kahwin..

Sepanjang perkenalan kami, dia tidak pernah buat akak rasa self-conscious dengan diri akak. Masa borak dalam Grab tu, dia rasa akak honest, sebab akak cerita akak full-time pengasuh, part-time Grab. So dia ckap akak independent. Walau badan besar tapi aktif. Bila lama berkawan, dia paling suka sebab akak tak hipokrit and penyayang kat budak-budak. Paling penting dia cakap, dia rasa akak jujur, sempoi, dan kelakar.

Dia betul-betul put effort dia. Semata-mata datang sini sekali lagi untuk kahwin dengan akak. Dia buktikan kesungguhan dia. Morocco bukan dekat, jadi bila dia betul-betul datang jumpa family. Datang dengan cara baik. Sebab tu akak terima. Memang kami tak pernah keluar dating. Sebelum tu,  jumpa sekali. Then kawan jarah jauh, Then, kahwin.

Sumber  – Instagram missjumboqueen Facebook Redup Redup Kerinduan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023

Ditimpa Ujian, Isteri & Anak-Anak Fizo Omar Masuk Hospital Silih Berganti – “Bil Lebih RM30,000 Sebulan…”

Min setuju apa yang Fizo suarakan ini 😌 Demi masa depan keluarga dan anak-anak kannn

Featured Mon, 20 Apr 2026

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

Featured Fri, 24 Apr 2020

Pelajar IPT dibenarkan pulang mulai 27 April ini

KPT akan perincikan proses susulan

Hiburan Sun, 22 Feb 2026

Muaz Zabir, Ariana Yusof & Sabri Yunus Bergandingan Dalam Mr Perfect Ramadan

Dibintangi oleh Muaz Zabir, Ariana Yusof dan Sabri Yunus, Mr Perfect Ramadan mengetengahkan kisah ringan tetapi sarat dengan nilai kekeluargaan.

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Trending Mon, 16 Mar 2020

Tangan Bersih Sahaja Tak Mencukupi; Ini Adalah Cara-Cara Anda Boleh Sanitize Pakaian Anda

COVID-19 semakin merisaukan di Malaysia, sanitize pakaian mungkin langkah seterusnya untuk berjaga-jaga.

Featured Mon, 17 Oct 2022
error: Content is protected !!