Hiburan By: Padin February 22, 2026 @ 6:13pm

Muaz Zabir, Ariana Yusof & Sabri Yunus Bergandingan Dalam Mr Perfect Ramadan

Apabila seorang anak bandar yang memberontak dipaksa menjalani Ramadan di kampung, mampukah 30 hari penuh cabaran mengubah pandangannya tentang hidup, keluarga dan cinta? Mr.Perfect Ramadan, sebuah drama bersiri mikro berunsur komedi romantik, bakal menemui penonton bermula 19 Februari, disiarkan setiap hari jam 12.00 tengah hari, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Dibintangi oleh Muaz Zabir, Ariana Yusof dan Sabri Yunus, drama ini mengetengahkan kisah ringan tetapi sarat dengan nilai kekeluargaan, keimanan dan kasih sayang yang terbit secara semula jadi sepanjang bulan Ramadan. Dengan latar suasana kampung dan momen-momen manis yang mencuit hati, Mr.Perfect Ramadan menjanjikan tontonan yang menghiburkan serta menyentuh perasaan.

Drama ini mengisahkan Syafiq (Muaz Zabir), seorang pemuda bandar berusia 25 tahun yang bercita-cita menyambung pelajaran ke Australia demi mengikut jejak langkah rakan-rakannya. Tanpa pengetahuan ibu bapanya, Anisah dan Talib, Syafiq mendapatkan surat tawaran universiti luar negara. Namun, impiannya ditentang keras kerana ibu bapanya bimbang Syafiq mudah terpengaruh dengan budaya Barat.

Sebagai jalan tengah, Anisah menetapkan satu syarat yang disangka mustahil dipenuhi Syafiq iaitu dia perlu tinggal selama 30 hari sepanjang Ramadan di kampung dan menjaga datuknya, Tokwan (Sabri Yunus) yang tinggal bersendirian. Syarat inilah yang menjadi titik tolak perubahan besar dalam hidup Syafiq.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Konflik bermula seawal ketibaannya di kampung apabila Syafiq berdepan pelbagai kesulitan, termasuk insiden tayar pancit yang menemukan dia dengan Laura (Ariana Yusof) gadis kampung yang nakal, periang dan tidak gentar menyindir egonya. Pertemuan pertama yang penuh sindiran itu menjadi permulaan kepada hubungan benci tapi suka, di mana setiap pertemuan mereka pasti berakhir dengan perbalahan kecil yang mencuit hati.

ARTIKEL BERKAITAN: TV3 Lancar RR2026: “Jwanjih Kenyang!” Meriahkan Ramadan & Raya 2026

Tidak selesa dengan rutin kampung daripada bersahur makanan sederhana, berbuka di masjid hingga solat tarawih berjemaah, Syafiq merasakan kebebasannya tersekat. Namun kebijaksanaan Tokwan perlahan-lahan melembutkan hati cucunya. Di sebalik sikap tegas Tokwan, terselit kasih sayang dan didikan halus tentang kehidupan dan agama.

Hubungan Syafiq dan Laura semakin akrab apabila Syafiq mula melihat keistimewaan Laura, seorang gadis cekal yang bekerja keras, membantu orang kampung dan taat beribadah. Pelbagai momen manis tercipta, daripada belajar menggergaji buluh, menganyam ketupat sehinggalah hadiah langsir dan cadar raya yang tanpa sengaja menyinggung perasaan cinta yang terpendam.

Namun, ujian demi ujian hadir. Rakan-rakan Syafiq, Mizi (Hazim The Dukes) dan Aris (Ziyad The Dukes) dari Kuala Lumpur muncul untuk memujuknya pulang, termasuk Emy (Raden Zaharatul) yang menyimpan perasaan terhadap Syafiq, sekali gus mencetuskan rasa cemburu dalam diri Laura. Dalam kekeliruan perasaan dan nasihat bercanggah daripada rakan-rakan Laura, Syafiq berdepan dilema antara impian lama dan kebahagiaan baharu.

Sanggupkah Syafiq melepaskan impian ke luar negara demi masa depan yang lebih tenang di tanah air bersama insan yang dicintai? Adakah cinta yang hadir di bulan Ramadan cukup kuat untuk mengubah arah hidup seorang anak bandar?

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama bersiri mikro Mr.Perfect Ramadan bermula 19 Februari, setiap hari jam 12.00 tengah hari, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton. Sebuah kisah ringan penuh makna tentang Ramadan, keluarga dan cinta yang hadir tanpa dipaksa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Jan 2024
Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Thu, 20 Jul 2023
Events Fri, 19 Apr 2019

dimsum和泰国3台合作引进350小时最新泰剧!

dimsum与泰国3台合作!引进《查龙药师》、泰版《来自星星的你》等350小时泰剧欢庆泼水节。

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Netizen Naik Angin Dengan Vivy Yusuf?

Wanita cantik ini sekali lagi menjadi bualan netizen apabila memuat naik sedutan filem Crazy Rich Asian menerusi Insta Stories.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Sat, 26 Apr 2025

Akui Dah Tuntut Fasakh, Nur Nilam Dakwa Azlan Komeng Sulitkan Proses Cerai

Nur Nilam dakwa Azlan Komeng sulitkan proses cerai, enggan lepaskan isteri

Trending Thu, 21 Jun 2018

Najib ‘Explains’ Why He Had So Much Cash and Luxury Items

Trust me, you’ll LOVE to see what he had to say.

error: Content is protected !!