Featured By: Ad Ops March 17, 2020 @ 12:59am

Kerajaan Malaysia laksana Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020

Penularan wabak COVID-19 mencatatkan peningkatan kes secara mendadak dengan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak itu sebanyak 533 orang pada Isnin. Daripada jumlah itu, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Situasi semasa ancaman wabak virus berbahaya COVID -19 yang menimbulkan kebimbangan ramai itu membuatkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu, 18 sehingga 31 Mac di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Dalam perutusannya, Muhyidin berkata, tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.

Berikut merupakan enam perkara yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serba aneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self-quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan prauniversiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari (17 Mac).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 May 2025
Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Dah Berapa Kali Daddy Datang, Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” – Fattah Amin Risau Anak Tak Sihat

Fattah Amin berkongsi keadaan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya.

Featured Fri, 13 Aug 2021

“Hati Saya Tersentak Baca Surah Ar-Rahman”- Betty Rahmad Kini Bertudung

Pelakon, Betty Rahmad yang juga adik kepada pengarah Erma Fatima dan pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi kisah penghijrahannya bersempena Awal Muharram Selasa lalu. Menerusi laman Instagramnya, Betty berkongsi kisah penghijrahannya setelah melihat anaknya, Ardy […]

Featured Mon, 13 Aug 2018
Hiburan Fri, 13 Sep 2024
Featured Fri, 31 Mar 2023
Trending Wed, 17 Jan 2018

6个月的宝宝打针喊「真疼啊」众人惊呆

微博近日流传一段影片,一名6个月大的婴儿去打针,护士打完将针头拔出来,然后用棉花棒按住,婴儿一直大哭,抱着婴儿的男子试图安抚,忽然婴儿大叫一声「真疼啊」,把一旁的人逗笑了。

error: Content is protected !!