Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 10, 2025 @ 6:06pm

Sharifah Sakinah Kongsi Pengalaman Hidupkan Watak ‘Mak Wa’ Dalam Qifarah – “Saya Cipta Sendiri Ekspresi & Jiwa Narsisistik Karakter Tu”

“Saya tak kisah naskhah yang saya terima saya akan berlakon betul-betul”.

Demikian respons pelakon versatile, Sharifah Sakinah mengenai filem seram terbaharunya berjudul, Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar yang mula ditayangkan pada 9 Oktober 2025.

Kata Sharifah Sakinah usai tayang perdana filem tersebut, watak Mak Wa yang didukungnya menerusi filem tersebut adalah antara karakter yang mencabar untuknya.

Menurut Sakinah, hampir keseluruhan karakter tersebut direka dan diolah olehnya sendiri tanpa sebarang rujukan khusus, malah dia turut menyesuaikan ekspresi dan gaya lakonan mengikut gerak hati.

“Dan apa yang membuatkan karakter ini menarik, saya yang design sendiri sama ada nak tipu audiens ke atau sebaliknya. Memang ekspresi muka tu dan watak saya (Mak Wa) dalam cerita ni saya reka sendiri.

“Macam saya cakap, watak itu datang daripada hati memang tak ada reference, saya tak belajar lebih, saya memang berlakon watak itu dari dalam jiwa,” katanya.

Tambah pelakon drama popular KL Gangster: Underworld 2  itu lagi, meskipun watak Mak Wa mempunyai sisi Narsisistik, dia tetap memastikan dirinya melakukan kajian mendalam bagi memahami emosi dan personaliti karakter tersebut.

“Cuma memang kena pandai study lebih. Bila kita tahu watak itu adalah narsistik maka kita kena study watak sebegitu bagaimana ciri-ciri seorang Narsisistik,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Sakinah berkata, dia tidak mengalami kesukaran untuk keluar daripada karakter tersebut walaupun menjalani dua penggambaran serentak pada waktu sama.

“Berapa lama nak keluar daripada karakter mak wa? Sebenarnya tak ada sebab pada masa sama saya tengah shooting drama Curang Tanpa Niat. Jadi you guys boleh imagine tak yang saya balik daripada shooting drama terus ke another shooting.

“Memang tak ada terbawa-bawa pun watak tu. Aku selalu blur kepala otak aku ‘kenapa movie tu macam begitu… saya suka menganalisa karakter saya tapi bukan terbawa-bawa. Analize tu saya memang suka.

“Ini bukan kali pertama saya bawa watak villain. Cuma kali ini saya tukar sedikit watak tersebut. Watak ni saya anggap more subtle.

Dalam pada itu, Sakinah turut berkongsi tiada sebarang kejadian mistik atau gangguan aneh berlaku sepanjang penggambaran filem Qifarah.

“Gangguan di set penggambaran itu tidak ada. Mungkin ‘dia’ (makhluk halus) kena ganggu dengan saya.

“Tapi kalau nak kata gangguan di set itu Liyana Jasmay. Dia dengar suara dia daripada jauh.

“Lagipun rumah tu saya dah beberapa kali shooting di sana,” selorohnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sharifah Sakinah Hidupkan Watak Ibu Tiri Berilmu Hitam Dalam ‘Qifarah’

ARTIKEL BERKAITAN:“Kena Jual Cerita Rumah Tangga Baru Orang Bagi Perhatian Ke?” – Sharifah Sakinah

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Teguk Ar*k, Ini Respons Sharifah Sakinah – “Kalau Nak Buat Jahat, Tak Payah Buat Terang-Terangan”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Orang Yang Menjual Cerita Peribadi Untuk Dapat Engagement”- Sharifah Sakinah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Events Mon, 24 Feb 2025

“Dia Tak Kosong, Bersahaja & Tenang” – Sherry Alhadad Puji Sissy Imann Kendali Pentas AJL39

“ Sissy kelihatan sangat bersahaja dan tenang. Ini menunjukkan dia sudah tahu kelebihannya. Go girl!”- Sherry Alhadad

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Featured Thu, 15 Jan 2026

“Sampai Bila Nak Anggap Saya Budak?” – Mia Sara Nasuha Luah Penat Dilabel Pelakon Cilik

Pelakon Mia Sara Nasuha gagal menahan sebak sebaik sahaja meluahkan rasa kecewanya apabila masih ada segelintir pihak yang melihatnya sebagai pelakon kanak-kanak, meskipun usianya kini sudah mencecah 21 tahun.

Trending Thu, 30 Jun 2022

“Kepada Sesiapa Yang Sondol Selepas Ini Perlu Lebih Berhati-Hati” – Enggan Terus Dipijak, Puteri Sarah Saman Ira Kaza

Puteri Sarah akhirnya saman Ira Kazar yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya.

Featured Fri, 14 Jun 2024

Puteri Khareeza Tunjuk Bakat ‘Sebenar’

Wahh tahniah Puteri Khareeza untuk single kelima!! Fly High okay

Hiburan Tue, 29 May 2018

Cerita Artis Plastik, Kenapa Janna Nick Naik Angin?

Saya bukan orang yang bermuka-muka dan saya orang yang sangat jujur. Kalau dia nak plastik dengan saya, tak payah la…

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

卢广仲大马站演唱会1111光棍节开票!定档12月来马宣传

卢广仲将于2020年1月4日巡回到吉隆坡,而期待已久的开票日,终于定案「光棍节」11月11日,早上11时网络上公开发售!已经定档12月来马宣传的卢广仲也喊说要趁机去古城马六甲玩。

error: Content is protected !!