Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 9, 2025 @ 7:13pm

Sharifah Sakinah Hidupkan Watak Ibu Tiri Berilmu Hitam Dalam ‘Qifarah’

Pelakon, Sharifah Sakinah sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila tampil dengan lakonan penuh intens dan meremang bulu roma dalam filem seram terbaharu arahan Ghaz Abu Bakar, berjudul Qifarah, yang mula menghantui pawagam seluruh negara bermula hari ini.

Dalam naskhah ini, Sakinah menghidupkan watak Mawar, seorang ibu tiri yang menyimpan rahsia hitam dan sanggup meratah sisi gelap ilmu ghaib demi menuntut dendam yang membara.

Sejak babak pertama lagi, kehadirannya sudah cukup membuatkan penonton terasa bahang misteri dan kebencian yang sarat terselindung di sebalik senyuman dinginnya.

Watak Mawar bukan sekadar pelengkap kisah, sebaliknya menjadi nadi kepada segala konflik mistik dan tragedi berdarah yang mencorakkan jalan cerita Qifarah.

Lakonan Sakinah benar-benar meninggalkan kesan mendalam menjadikan Mawar antara watak antagonis paling menyeramkan dan sukar dilupakan dalam dunia filem seram tempatan.

Satu demi satu rahsia gelap mula terbongkar, membawa penonton menyelami perjalanan penuh debar dan kejutan yang tidak disangka.

Antara babak yang paling mencuri perhatian ialah ritual berdarah yang cukup ngeri, hingga membuat penonton terpaku bukan sahaja kerana visualnya yang menggigit, tetapi juga tekanan psikologi yang mendalam.

Keindahan sinematografi turut menambah elemen seram, terutama suasana dalam rumah agam klasik berkonsep bangsawan lama yang menyimpan seribu rahsia.

Di situlah terikatnya perjanjian ghaib keluarga Mawar, membuka lembaran kepada kisah penuh sumpahan dan penebusan dosa.

Dengan gabungan elemen mistik, dendam dan kuasa gelap yang jarang diterokai dalam filem tempatan, Qifarah menjanjikan pengalaman seram yang segar dan menegangkan dari awal hingga akhir.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Qifarah di pawagam berhampiran mulai 9 Oktober 2025. Ajak keluarga dan rakan menyelami kisah hitam penuh misteri ini dan bersedia untuk dihantui selepas keluar dari panggung!

Untuk perkembangan lanjut serta kandungan eksklusif, ikuti laman rasmi Primeworks Studios di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Events Fri, 9 Nov 2018

林绿入戏太深拍摄现场「强吻」庄可比!

林绿入戏太深拍摄《我的非一般岳母》现场「强吻」庄可比!

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

萧敬腾8秒「超快der」体力受得了吗?

萧敬腾新专辑「欲望反光」将于22日发行,同名歌曲由吴青峰一手包办词曲,MV则邀国际级摄影大师林炳存执导,采一镜到底拍摄。

Hiburan Tue, 8 Jan 2019
Featured Thu, 28 Oct 2021

Kerana Cinta, Puteri Jepun Lepaskan Takhta Gelaran Kahwini Rakyat Biasa

Kerabat diraja Jepun, Puteri Mako akhirnya berkahwin dengan kekasihnya sejak dari zaman remaja, Kei Komuro sekaligus melepaskan gelarannya. Kedua-duanya yang berumur 30 tahun memilih untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan tradisional diraja malah menolak wang 1.3 […]

Featured Sun, 3 Apr 2022

“Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Hukuman…” – Wardina Safiyyah

Wardina mohon agar Yasin dibebaskan untuk mendapat rawatan segera..

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

[VIDEO] “Ujian Ini Buka Mata Saya Tentang Siapa Kawan & Lawan… Rupanya Dalam Diam Ada Yang Tak Suka” – Nur Fazura

Ujian istimewa itu buka mata Nur Fazura lebih mengenali siapa kawan siapa lawan

Trending Wed, 31 Mar 2021

Pengalaman Kena Tipu Naikkan Semangat Rapper Baru Killa Driz

Banyak pengalaman yang dilalui oleh penyanyi baharu, Killa Driz, 22, saat bergelumang dalam industri muzik indie sejak berusia 15 tahun. Pelbagai kisah pahit manis dirasai sendiri olehnya sehingga akhirnya mematangkan dirinya. Membuat persembahan tanpa bayaran, […]

Trending Mon, 15 Jun 2020

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Ini mungkin maklumat yang bagus untuk anda!

error: Content is protected !!