Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 24, 2023 @ 10:38am

Uyaina Arshad Dedah Alami Keguguran Anak Kedua, Sempat Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Raja Syahiran

Pelakon Uyaina Arshad tampil memaklumkan dirinya mengalami keguguran selepas hamil anak kedua, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Uyaina menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Uyaina turut berkongsi momen ketika dia membuat kejutan kepada suaminya, Raja Syahiran, Mei lalu.

Menurut Uyaina, dia tetap bersyukur diberi peluang untuk hamil buat kali kedua meskipun rezeki tidak berpihak pada mereka.

“Video ni diambil waktu bulan 5 masa kami bercuti di Anantara. Alhamdullilah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Happy.. Tak boleh diungkap dengan kata-kata.. Syukur.

“Tapi sayang.. Kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu,” tulisnya.

Sementara itu, Uyaina juga sempat menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Syahiran sempena ulang tahun kelahiran suaminya itu.

“Dan hari ini, hari lahir suamiku @Syahiran.  I’m glad that I’m going through this journey with you. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk I & Urhan.

“I doakan yang terbaik untuk you dalam setiap apa yang you buat. Dan semoga Allah kurniakan rezeki yang tak disangka2 untuk kita berdua.

“Saling sayang menyayangi, hormat menghormati, dan berkasih sayang hingga ke syurga. Aamin. Happy Birthday, hubby,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

@uyaina Video ni diambil waktu bulan 5 masa kami bercuti di Anantara. Alhamdullilah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Happy.. Tak boleh diungkap dengan kata2.. Syukur. Tapi sayang.. Kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu.. Dan hari ini, hari lahir suamiku @Syahiran ♬ original sound – byUA

Terdahulu, Uyaina dan Syahiran telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Hiburan Sun, 24 Nov 2019

赴中国年度盛典领殊荣!玛莎以「最具潜力新人」姿态进军中国

继茜拉成第二位受王炳智力捧的马来歌手,玛莎以「最具潜力新人」姿态 强势进军中国 。

Featured Mon, 12 Jun 2023
Trending Mon, 5 Mar 2018

Jumpa Anak Sendiri Tapi Tak Mengaku…Camne tu?

Lelaki berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat dalam kotak ditinggalkan di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging 5.30 pagi.

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

“Saya Katakan Kepada Afdlin, Itulah Amalan Ahli Syurga” Pemergian Jefri Adzman Di Kagumi Ustaz Ini

Semoga dengan perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir ini sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar buat kita semua!

Hiburan Wed, 16 Apr 2025
error: Content is protected !!