Euforia Bola 2026
Acara By: Salma Syahbuddin April 10, 2023 @ 10:29am

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah menepis dakwaan kononnya perniagaan tudung di bawah jenamanya yang  diperkenalkan kepada khalayak baru-baru ini bukanlah sebagai ‘back up’ kerjaya seninya.

Mira berkata, dia tidak pernah menganggap perniagaannya ini sebagai back up karier seninya melainkan untuk meneruskan cita-cita dan impian yang sudah lama tertangguh.

Bahkan, sebagai wanita yang baru berusia 30 tahun, adalah terlalu awal untuk menjadikan perniagaan ini sebagai alternatif bagi kerjaya seninya kerana sudah pasti sebagai seorang pelakon, dia mahu bergerak lebih jauh dan lebih besar dalam industri seni.

“Saya tak anggap benda ni as back up karier seni saya, sebab saya rasa Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni ni. Banyka lagi yang saya mahu lakukan. I wanna do more dan banyak lagi saya nak explore.

“Dalam usia saya, status sebagai isteri dan ibu tidak menghalang saya untuk bergerak lebih jauh dan lebih besar dalam industri seni. Baru 30 tahun, long way to go sebab masih ramai lagi  saya lihat artis yang berusia 40 tahun masih aktif dalam karier seni mereka.

“Dan saya tak anggap perniagaan tudung ini sebagai back up kerana ini adalah sebagai cita-cita dan impian saya yang dah lama tertangguh,” katanya kepada XTRA.

Mira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Mira Filzah Sweet Dreams yang diadakan di Bricks And Bread, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mira Filzah menjelaskan perniagaan tudungnya bukanlah sebagai back up karier seni.

Ketika ditanya kenapa memilih untuk melancarkan perniagaan tudung setelah sekian lama, Mira menjelaskan, ini adalah tahun yang paling sesuai dan terbaik untuknya sebagai seorang selebriti untuk tampil dengan perniagaan yang sudah lama diinginkan.

“Macam saya tadi cakap, saya minat perniagaan ni dah lama since zaman kat UITM lagi. Tapi masa tu tak banyak lah sikit-sikit je jual kat blogspot. Dan,  pada tahun 2016, saya ada jenama sendiri iiatu, Amira Shawls. Dan pada ketika itu Amira Shawls saya pakai dalam drama Cinta Si Wedding Planner dan alhamdulillah semuanya doing good. Tapi saya stop  sebab tak menang tangan dan karier masa tu tenagh pick.

“Dan kenapa baru sekarang? Sebab saya rasa tahun ni adalah tahun terbaik untuk mulakan semula apa yang saya inginkan.

Dalam pada itu, Mira juga mengaku dirinya tidak terlepas dari berdepan cabaran ketika mengambil keputusan untuk terbit dengan jenama tudung miliknya.

“Bagi saya, intrerms of cabaran  adalah production and operation. Sebab saya tak ada pengalaman luas dalam bidang perniagaan ni dan banyak saya perlu belajar dari scratch lagi. Ini termasuklah,  interms of networking, kilang-kilang, jenis kain pun mira tak banyak tahu so itu lah cabaran buat saya.

“Walaupun benda ni dah plan dari last year, iaitu bila dah habis kontrak dengan Ariani ,” jelasnya.

Sekadar info, Mira Filzah tampil dengan tiga koleksi tudung miliknya yang diberi nama Sweet Dreams, Rise dan Go-To Scarf dengan harga mampu milik iaitu bermula dari RM69 hingga RM99 sahaja.

Dan, bagi peminat yang ingin mendapatkan koleksi tudung terbaik dari Mira Filzah, anda bolehlah layari www.mirafilzah.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Sep 2019
Trending Tue, 15 Jun 2021

Wah! Muncul Di Program Hiburan Popular Korea, Nama Aina Abdul Trending Di Twitter

Penampilan penyanyi Aina Abdul di program hiburan popular Korea Selatan semalam membuatkan namanya trending di laman sosial Twitter. Ramai peminat tempatan yang memperkatakan mengenai kemunculan pelantun lagu Sepi itu di salah sebuah episod program muzikal […]

Featured Wed, 3 Dec 2025

“Saya Harap Perkahwinan ini Adalah Penutupnya” – Erra Fazira

Erra Fazira menjelaskan, keputusan untuk kembali berumah tangga dibuat atas dasar yakin termasuklah memikirkan usia hubungan mereka.

Featured Tue, 18 Nov 2025

Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi

Abby Abadi menyorot perhatian apabila berkongsi kenyataan meluahkan rasa kesalnya terhadap golongan lelaki yang didakwa mengkhianti golongan isteri dan bertindak menyalahkan pasangan sendiri.

Featured Fri, 10 Aug 2018

Meneruskan Legasi Ibu Bapa Mereka, Ini Wajah Lapan Pewaris Seni Hollywood Yang Dijangka Meledak

Dengan status sebagai pewaris bintang ternama juga, mereka ini mudah mendapat peluang bagaimanapun tekanan yang berlaku apabila sering dibandingkan dengan bakat serta keupayaan orang tua mereka

Featured Wed, 13 Jul 2022

[VIDEO] Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Buka Mulut – “Apa Yang Boleh Saya Katakan….”

Tak ada angin, tak ada ribut tiba tiba muncul desas desus sebegini. Jangan terus mendakwa, dengar dulu apa kata tuan badan ya ☺️

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!