Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 15, 2021 @ 10:18am

Wah! Muncul Di Program Hiburan Popular Korea, Nama Aina Abdul Trending Di Twitter

Penampilan penyanyi Aina Abdul di program hiburan popular Korea Selatan semalam membuatkan namanya trending di laman sosial Twitter.

Ramai peminat tempatan yang memperkatakan mengenai kemunculan pelantun lagu Sepi itu di salah sebuah episod program muzikal berjudul Simply K-Pop Con-Tour di laman sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Program terbabit menampilkan sesi temu bual Aina bersama Jacob dan Kevin daripada kumpulan The Boyz.

Sebelum ini, program terbabit pernah menampilkan artis dari Thailand, Vietnam dan Filipina dan kali ini, tiba pula giliran artis Malaysia untuk ditemu ramah.

Selain Aina, artis Malaysia lain yang muncul di program terbabit ialah Elizabeth Tan, Andrew dan Dior.

Menerusi episod pogram terbabit, Aina bercerita mengenai kumpulan K-Pop kegemarannya dan penyanyi itu sempat mempromosikan single terbarunya berjudul Sepi.

Sepi merupakan single pertama Aina yang mempunyai dua versi iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea.

Program Simply K-Pop sering menampilkan kumpulan K-Pop sensasi serta turut memberi peluang kepada tetamu antarabangsa untuk muncul secara virtual.

Episod yang ditayangkan pada jam 6 petang semalam itu turut boleh ditonton semula di laman YouTube, Naver dan Facebook Arirang TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Sep 2022

Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Patutlah nampak muda dan sihat je selalu.. Boleh amalkan petua ni 😁

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Ramai Dakwa Fizi Ali Fitnah Shakilla Khoriri Isu Ganggu & Mandrem Suami Orang, Ini Respons Tuan Badan – “Aku Tak Masuk Campur!”

Alamak, kesian Fizi tak pasal-pasal nama dipetik penyebar emel fitnah Shakilla Khoriri pula hmm

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Isteri Ben Amir Perjelas Sebab Buat Majlis Kahwin Sederhana & ‘Intimate’ 

Liana berkata dia dan Ben tidak memikirkan tentang majlis yang besar-besaran

Featured Sat, 2 May 2026
error: Content is protected !!