Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 18, 2024 @ 5:53am

Kekalkan Keserasian Dengan Aniq Durar Jadi Cabaran Utama Sofia Dendroff Dalam Tonton Original Series: My Stolen First Kiss

Pelakon cantik, Sofia Dendroff bersyukur dapat menggalas watak utama dalam Tonton Original Series: My Stolen First Kiss.

Bakal bersiaran bermula 19 Ogos, Sofia tidak sabar menanti reaksi peminat terhadap drama bersiri ini.

“Ini merupakan drama pertama yang saya galas sebagai watak utama untuk Tonton. Saya amat bersyukur dan berterima kasih ke atas peluang yang diberikan bagi memegang watak utama dalam drama My Stolen First Kiss.

“Saya tak sabar menantikan reaksi peminat yang bakal menyaksikan saya beraksi dalam drama bersiri yang mengangkat tema romantik komedi ini,” katanya.

Tambah Sofia, cabaran utama yang dihadapi olehnya adalah untuk mengekalkan keserasian bersama hero dalam My Stolen First Kiss, Aniq Durar.

“Cabaran paling besar bagi saya adalah untuk menghidupkan watak ini dan mengekalkan keserasian bersama Aniq Durar dan pelakon-pelakon lain.

“Harapan saya untuk drama ini adalah agar ia dapat diterima dan dinikmati oleh penonton. Saya berharap cerita ini dapat menyentuh hati anda semua dan memberikan inspirasi tentang cinta dan kehidupan,” katanya lagi.

Saksikan drama terbaharu Tonton Original Series: My Stolen First Kiss yang akan menemui penonton pada 19 Ogos 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

SINOPSIS

Tonton Original Series: My Stolen First Kiss mengisahkan tentang Mel (Sofia Dendroff) seorang gadis periang yang berumur dalam lingkungan 20-an. Mel yang dilarang untuk bercinta semasa di sekolah, kini tidak sabar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar kolej demi memenuhi impian romantiknya.

Namun, kehidupan yang diidamkan Mel berubah apabila dia lemas dan diselamatkan oleh Mikael, seorang eksekutif di bahagian pengurusan pembinaan berusia lewat 20-an yang serius dalam mencari cinta sejati, melalui bantuan CPR.

Mel yang menyimpan checklist untuk kehidupan romantiknya – first meet, first date, first meet the future in-law, bertunang, berkahwin, first kiss dan segalanya, menjadi tidak keruan apabila mengetahui dirinya telah ‘dicium’ oleh Mikael dalam keadaan dia tidak sedarkan diri.

Mel yang belum pernah bercinta menjadi sedih dan kecewa dan sukar menerima kenyataan dek kerana menganggap bantuan CPR itu adalah ciuman pertamanya yang telah ‘dicuri’ oleh Mikael. Kehidupan Mikael menjadi huru-hara apabila Mel menceritakan insiden tersebut kepada abangnya Aizat yang ‘overprotective’ dan telah memaksa Mikael untuk bertanggung jawab.

Konflik timbul apabila Mikael yang sudah mempunyai kekasih, cuba untuk menuruti permintaan tersebut. Dalam usaha menjaga maruah dan memenuhi tuntutan keluarga Mel, Mikael yang sudah dua kali putus cinta dan kini sedang cuba memikat hati wanita idamannya iaitu Damia (Shaza Bae), terpaksa bercinta dengan Mel.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila pelbagai rahsia terbongkar, termasuklah identiti sebenar Mikael. Kekecohan berlaku apabila Mel dan kawan-kawannya mendapat tahu bahawa Mikael sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung. Insiden ini memburukkan lagi hubungan Mikael dan Mel.

Adakah Mel dan Mikael akan bersama akhirnya? Mampukah Mikael merealisasikan checklist cinta Mel? Pelbagai konflik yang mencuit hati menjanjikan kehangatan dan gelak tawa sambil membawa penonton merenung tentang cinta, keluarga, dan impian romantik yang tidak selalunya seperti yang dibayangkan.

Tonton Original Series: My Stolen First Kiss merupakan hasil terbitan Tanah Beris Film Production yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan olahan skrip yang mantap dari Zyza Backy.

Drama ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perjalanan percintaan mereka ini. Drama ini menampilkan barisan pelakon baharu yang hebat dan berbakat seperti Aniq Durar, Sofia Dendroff, Shaza Bae, Imran Aqil, Wanie Ooi, Alif Hadi, Wanns Ahmad, Catriona Ross, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan drama komedi romantik Tonton Original Series: My Stolen First Kiss di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang akan ditayangkan pada 19 Ogos 2024!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Jun 2022
Trending Wed, 20 May 2020
Featured Wed, 6 Sep 2023
Trending Fri, 4 Feb 2022

Usop Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah – “Saya Ingin Menjadi Suami Yang Terbaik..”

Penyanyi Usop, 24, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim atau Teha, 25, pada jam 10 pagi tadi di Kompleks Darul Hidayah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Akad Nikah Usop atau nama […]

Trending Thu, 5 Jul 2018

Degupan Itu Akhirnya Terhenti Dan Hilang Dari Pandangan – Amy Search

Amy menerusi Instagram pada malam Rabu memaklumkan mengenai berita keguguran isterinya selain meluahkan rasa sedih kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

Featured Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Mon, 8 Sep 2025
Featured Thu, 23 Mar 2023

Cedera Parah Akibat Ditumbuk, Nurul Shuhada Dedah Sebab Tak Lagi Pakai Pendakap Gigi

Hmmmmm kesiannya Shu 😭 Dah la ada parut kekal kat muka 😕🥲

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

People are Petitioning to the Government for Dispatch to Be Shut Down

It seems like people finally realise how damaging Dispatch’s reporting can be.

error: Content is protected !!