Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 4, 2022 @ 12:07pm

Usop Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah – “Saya Ingin Menjadi Suami Yang Terbaik..”

Penyanyi Usop, 24, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim atau Teha, 25, pada jam 10 pagi tadi di Kompleks Darul Hidayah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Akad Nikah Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor dan Teha disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Haji Harun Idris dan berwalikan Md Hashim Nordin (bapa pengantin perempuan) serta bersaksikan Muhammad Firdaus Md Hashim (abang pengantin perempuan) dan Mohd Noor Ismail (bapa pengantin lelaki).

Dalam majlis pernikahan ini, sembilan dulang hantaran disediakan oleh pihak perempuan dan tujuh dulang hantaran disediakan oleh pihak lelaki manakala mas kahwin sebanyak RM3,000 beserta seutas gelang tangan menjadi pelengkap acara membatalkan air sembahyang.

Terdahulu, Usop dan Teha mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Tak Putus Asa Walau Kena Reject… Berani Jumpa Family Saya” – Usop Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan

Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari 2022 di Kulim, Kedah.

Berkongsi kisah percintaan mereka, perkenalan Usop dan Teha sejak dua tahun lalu diteruskan kepada ikatan pertunangan sebelum bergelar pasangan suami isteri.

Untuk info, Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang serta menjana pendapatan sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.

Menurut Usop, dia berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Teha sehingga ke anak cucu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Teha. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” kata Usop.

Ketika berbicara mengenai perancangan cahaya mata, pelantun lagu Aku Yang Bersalah ini menyerahkannya kepada ketentuan takdir.

“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.

“Tapi buat masa ini, fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Teha bahagia bersama saya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Laki Kalau Pukul Perempuan, Dayus!” – Usop Nafi Pukul Tunang Hingga Mata Lebam

Kredit foto: @kakiklikphotography

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Nov 2024

Berbangga Klinik Dapat Pengiktirafan MBOR, Ella Sentiasa Beri Sokongan Terhadap Kepentingan Penjagaan Hormon Wanita

Ella sentiasa memberi sokongan terhadap kepentingan penjagaan hormon bagi wanita.

Featured Thu, 12 Aug 2021

Abang Siti Sarah Sudah Ditidurkan, Doktor Mahu Rehatkan Paru-Paru

Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19 telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, boleh membolehkan paru-parunya berehat. Perkara itu […]

Trending Thu, 11 Dec 2025

Tur SAMA SAMA Hidupkan Idea Live Arena Dengan 2,500 Penonton

Pertunjukan muzik Tur SAMA SAMA yang menghimpunkan lima artis popular Indonesia Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf telah mencuri perhatian seramai 2,500 penonton di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025 […]

Trending Wed, 6 Oct 2021

“Kalaulah Benarlah Desas-Desus Itu…” – Neelofa Jawab Spekulasi Kehamilan

Pengacara dan usahawan sensasi, Neelofa, 32, masih berteka-teki mengenai status kehamilannya. Biarpun dikatakan sedang sarat hamil, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor tidak mengesahkan atau mengiyakan perkara terbabit. “Soalan tentang perkara terbabit adalah […]

Trending Thu, 11 Nov 2021

Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Ugut Guna Pistol

Bapa kepada pelakon Nynaa Harizal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu. Tertuduh, Harizal Hashim, 49, yang merupakan […]

Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Sat, 14 Jan 2023

Nafas Naga Gabungan Mantap Filsuf & Black Hanifah

Kerjasama antara rapper Filsuf dan Black pastinya membawa satu lagi warna dan kejutan kepada seluruh pencinta muzik tanah air menerusi lagu ‘Nafas Naga’. Lagu ‘Nafas Naga’ hasil ciptaan Filsuf dan lirik oleh Arisz Ab Rahman […]

error: Content is protected !!