Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 17, 2020 @ 11:09am

Pencarum KWSP Bagi Akaun 1 i-Sinar Diminta Waspada Aktiviti ‘Scam’

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta agar sentiasa berwaspada terhadap aktiviti penipuan atau ‘scam’ dan sentiasa menjaga serta melindungi maklumat peribadi mereka.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, isu ini berkaitan terdapat iklan dilaman sosial dan dalam talian bertujuan mengumpan pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka.

Selain itu, aktiviti scam ini juga turut meminta pencarum agar melaburkan duit mereka dalam skim-skim berbaur penipuan susulan pengumuman permohonan program pengeluaran Akaun 1 i-Sinar.

Gunakan saluran rasmi dan dipercayai

Tengku Zafrul juga mengingatkan semua pencarum KWSP supaya menggunakan saluran rasmi bagi sebarang urusan membabitkan dana persaraan itu di portal rasmi isinar.kwsp.gov.my ATAU menerusi aplikasi i-Akaun.

Jangan dedahkan maklumat peribadi anda!

Malah, scammers ini juga boleh mendapatkan maklumat peribadi orang awam melalui pakej bungkusan yang dibuang dan mengugut mangsa untuk mendapatkan wang.

Justeru itu, orang ramai diminta agar tidak mendedahkan maklumat seperti nama login, kata laluan, butiran akaun bank dan pelbagai maklumat sensitif kepada platform tidak sah atau kepada orang yang tiada pengenalan sah rasmi.

Sekiranya anda mengetahui tentang sebarang aktiviti yang mencurigakan tentang tawaran-tawaran mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, jangan berlengah dan terus laporkan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

Sumber : KWSP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Feb 2026

Video Hadir Photoshoot Tular, Netizen Spekulasi Nampak ‘Baby Bump’ Amira Othman – “Kali Ni Dah Tak Boleh Sorok”

Penyanyi Amira Othman sekali lagi menyorot perhatian warganet selepas video hadir ke sesi penggambaran bagi sebuah produk hijab tular.

Featured Tue, 14 Feb 2023
Kes Mahkamah Fri, 22 Dec 2023
Featured Mon, 30 Jan 2023

“Best Ke Mabuk-Mabuk? Bukan Dah Ikut Tabligh?” – Tular Video Berhibur Di Kelab Malam, Netizen Persoal MK K-Clique

Alamakkk, betul ke ni? Ada yang dakwa MK pergi kelab malam setiap hari?? 🥵

Featured Sat, 11 Oct 2025

Status Rumah Tangga Sharifah Husna Didakwa Goyah? Netizen Komen: “Sekarang Ni Tak Ada Langsung Gambar Dia”

Pelakon Sharifah Husna mencuri perhatian warganet selepas beberapa komen tular mengenai status rumah tangganya bersama suaminya yang juga pelakon, Halim Radzi.

Featured Tue, 21 Feb 2023
error: Content is protected !!