Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2025 @ 1:14pm

Status Rumah Tangga Sharifah Husna Didakwa Goyah? Netizen Komen: “Sekarang Ni Tak Ada Langsung Gambar Dia”

Pelakon Sharifah Husna mencuri perhatian warganet selepas beberapa komen tular mengenai status rumah tangganya bersama suaminya yang juga pelakon, Halim Radzi.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya, Husna dilihat duduk di hadapan cermin sambil gagal menahan air mata seakan-akan sedang menyembunyikan masalahnya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, kapsyen yang dibuat pelakon itu menerusi video miliknya.

“Semua orang ada banyak benda untuk diluahkan, tetapi saya tetap muncul dengan hati yang berat.

“Stay strong kepada semua wanita yangt sedang berjuang/ berperang dalam diam,” katanya.

@sharifahhusnaofficialStay strong to all the women who are fighting silent battles❤️‍🩹♬ original sound – Aku Jeje

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa rumah tangga pelakon drama rantaian Setia Itu Mahal sedang goyah apabila pasangan ini katakan sudah tidak mengikuti dan memuat naik gambar bersama-sama di platform media sosial mereka.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat Husna mahupun Halim mengenai spekulasi yang tular, namun video tersebut terus menjadi bualan di media sosial sejak ia dimuat naik.

Sekadar info, Sharifah Husna dan Halim Radzi selamat diijabkabulkan dalam majlis yang berlangsung secara tertutup di kediaman pengantin perempuan di Kajang, Selangor, pada 21 Oktober 2022.

Pasangan pengantin yang dua tahun menjalinkan hubungan cinta itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Feizal Syed Mohammad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Dulu Dapat F, Sekarang Full Marks!” – Rita Rudaini Terkejut Arjuna Cemerlang Subjek Paling Tak Suka

Pernah ugut berhenti bola, Anak kedua Rita Rudaini bukti berjaya raih keputusan cemerlang

Eat Travel Mon, 21 May 2018

Nak Belajar Cara Membuat Bubur Lambuk Kampung Baru, Nah Ini Resipinya

Keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru adalah ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan sejak 60 tahun lalu tidak pernah berubah

Kisah Viral Sat, 8 Jun 2024
error: Content is protected !!