Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 17, 2020 @ 10:00am

Biadab! Gara-Gara Covid-19, Lelaki Ditahan Kerana Bertindak Meludah Butang Lif

Biadab dan menjijikkan!

Perlakuan biadab penjaga pusat snuker yang terletak di Sungai Ara, Bayan kini ditahan pihak polis akibat perbuatannya meludah butang lif di sebuah perumahan di Balik Pulau.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu pada Isnin, jam 12.50 tengah hari.

 

Terdahulu, pihaknya sudah menerima aduan daripada guru lelaki dari perumahan berkenaan iaitu pada jam 7.25 malam,  apabila video perbuatan lelaki biadab berusia 63 tahun itu viral di laman sosial dan mendakwa turut menerima kiriman video menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar kenalan kepada beliau. 

 

“Kerana bimbang dengan kesihatan dan keselamatan penduduk di situ berkenaan isu wabak Covid-19, guru terbabit membuat laporan polis dan meminta perhatian daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), ” Katanya.

Anbalagan berkata, suspek kemudian menyerah diri di Balai Polis Bayan Lepas, sebelum ditahan.

Selepas menjalani ujian kesihatan, suspek didapati tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti Covid-19 dan ujian air kencing didapati negatif daripada pengambilan dadah.

“Suspek sudah ditahan serta mengakui perbuatannya dan siasatan masih dilakukan. Kemungkinan suspek akan didakwa di Mahkamah Balik Pulau pada esok pagi,” Jelasnya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Tue, 11 Dec 2018

Watch the New Year Fireworks from DoubleTree Hilton Kuala Lumpur

It’ll be a great way to enjoy the view but still be away from the crowd.

Featured Sun, 18 Sep 2022
Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Tue, 13 Aug 2024

“Saya Rasa Seperti Dilahirkan Semula” – Puteri Zarith Sah Cerai Talak Satu

Nampaknya proses cerai Puteri zarith dan suami telahpun selesai. Doa baik-baik😎✌️

Featured Wed, 18 Jan 2023

Keadaan Semakin Pulih, ‘Yes Sir’ Buah Tangan Terbaharu Zamani Buat Peminat

Semakin pulih selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis, penyanyi terkenal Zamani kembali semula mewarnai industri seni tanah air dengan lagu terbarunya berjudul Yes Sir. Lagu ini juga turut dinyanyikan bersama […]

Events Tue, 19 Mar 2019

Reza Rahadian Tak Paksa Badan Kerja Lebih Masa

Kalau double job, aduh gak sanggup…

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Alif Satar Buang Karakter Lelaki Romantik Demi PIA?

Asyik bawa karakter lelaki romantik je, Alif Satar nekad keluar zon selesa.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019
error: Content is protected !!