Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi October 23, 2022 @ 5:30pm

“Saya Cuba Lakukan Yang Terbaik Dan Doakan Agar Semuanya Dipermudahkan” – Syafiq Kyle

Pelakon Syafiq Kyle memberitahu tanggungjawab untuk bergelar suami bukanlah satu perkara yang mudah.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak juga turut berkata persediaan untuk menjadi seorang yang bergelar suami hendaklah diusahakannya sendiri selain mendapat sokongan keluarga.

“Tak beranilah untuk saya bercakap mengenai soal sudah bersedia atau sebaliknya. Cuma ini adalah satu tanggungjawab. Sebab saya percaya kalau kita nak bercakap mengenai bersedia atau tidak, kita sendiri yang kena berusaha untuk berbuat demikian.

“Akan tetapi buat masa sekarang umur saya dah 30 tahun, bila-bila masa sahaja. Saya doa jodoh daripada Allah SWT. Mak pun selalu mendoakan untuk saya, berkati dan permudahkan segala perjalanan saya.

“Persediaan itu sayalah yang kena usaha sendiri, bukan saya perlu letakkan ia pada tangan orang lain. Dari segi perkara lain, saya yang perlu banyak muhasabah diri,” ujar Syafiq.

Pelakon drama Nur itu juga memberitahu tiada perkara yang dikejarkan lagi malah hanya percaya bahawa perkara itu (jodoh) akan datang sendiri.

“Perlahan-lahan sejak umur saya 27 tahun saya sudah rasakan akan perubahan itu. Tiada benda yang saya perlu kejarkan lagi. Sekarang ini saya hanya buat apa yang saya inginkan, buat perkara yang keluarga dan saya sukai.

“Jadi dalam proses tersebut, diri saya sendiri pun sudah mulai berubah sedikit demi sedikit. Saya percaya kepada perkara itu, ia akan datang dengan sendiri,” katanya lagi.

Disoal tentang persediaan pasangannya pula, Syafiq mengakui banyak perkara dibincangkan mereka namun lebih elok sekiranya tuan badan yang berkongsi sendiri.

“Banyak perkara yang kami bincangkan. Cuma saya bukanlah jenis yang mahu ketengahkan apa perkara yang dibincangkan. Kalau di pihak dia, rasanya lebih baik jika empunya badan yang berkongsi.

“Bagi diri saya, saya cuba lakukan yang terbaik dan doakan agar semuanya dipermudahkan,” tutupnya.

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Nov 2022
Trending Mon, 9 Mar 2020

[VIRAL] Hebat Dan Bertenaga! Atuk 103 Tahun Nikahi Gadis Usia 30 Tahun!

CINTA datang kepada seseorang tanpa mengenal siapa dan masa. Ini yang berlaku di Sulawesi apabila seorang lelaki berusia 103 tahun nekad mengahwini seorang gadis berusia 30 tahun! Lelaki yang dikenali dengan nama Muhamade ini berkahwin […]

Featured Tue, 12 Aug 2025

Safwan Nazri Kongsi Pengalaman Mistik Selepas Penggambaran Podcast – “Saya Pernah Nak Campak Anak Sendiri”

Safwan Nazri terbuka berkongsi pengalaman mistiknya sepanjang menjadi hos podcast ‘Sembang Seram’.

Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Trending Mon, 22 Feb 2021

Trending Di Twitter Isu Perlekeh Artis Korea, Janna Nick Tampil Buat Laporan Polis Terhadap Individu Sebar Fitnah

Pelakon, Penyanyi dan Pengacara Melodi, Janna Nick dilihat mengambil tindakan terhadap individu atau pemilik akaun yang mencetuskan fitnah dan provokasi di laman sosial terhadap dirinya. Menerusi satu hantaran dilaman Twitter miliknya, Janna Nick atau nama […]

Trending Thu, 14 Nov 2019
error: Content is protected !!