Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 4, 2021 @ 4:08pm

“Dia Tak Putus Asa Walau Kena Reject… Berani Jumpa Family Saya” – Usop Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan

Penyanyi Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis yang berasal dari Sungai Dua, Pulau Pinang, Nur Fatihah Md Hashim, 25.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup di Dewan Desa Murni, Taman Desa Murni Sungai Dua, Pulau Pinang telah dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang ditetapkan kerajaan.

Naib juara Mentor Milenia 2017 ini menerima tujuh dulang hantaran dari pihak perempuan dan Fatihah yang berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran dan perniagaan di sebuah syarikat di Pulau Pinang menerima lima dulang hantaran dari pihak lelaki.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya sudah lebih dua tahun mengenali Fatihah dan kini kami beralih ke fasa seterusnya. Kami dijangka mengikat tali pertunangan selama lebih dua bulan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun hadapan.

“Pada awalnya dia tidak melayan saya untuk berkenalan dengan lebih dekat, lama-lama hatinya terbuka untuk berkawab dan akhirnya kami menjalin hubungan cinta. Saya sangat menyenangi Fatihah,” kata Usop.

Menurut Fatihah pula, dia terpikat dengan personaliti Usop yang ikhlas mahu mengenali dirinya.

“Usop seorang yang baik dan jujur. Saya sangat menghargai keikhlasan yang dia tunjukkan. Pada awalnya, dia tak putus asa walau kena ‘reject’. Selepas itu, dia berani mahu bertemu dengan keluarga saya walaupun kami baru sahaja berkenalan.

“Persiapan menuju ke gerbang perkahwinan sedang dilakukan dan kami mohon doa semua pihak agar segalanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah,” kata Fatihah.

Kredit foto: Instagram @alenphotography786 / @kakiklikphotography

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Apr 2023

Puteri Sarah Bakal Fail Pembelaan Tuntutan Nusyuz

Puteri Sarah Liyana bakal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz.

Featured Fri, 21 Nov 2025

Netizen Seloroh Minta Sharnaaz Ahmad Selaku Presiden Duda Malaya Serap Kamal Adli Jadi ‘Ahli Baru’, Ini Respons Empunya Badan – “Belum Official Lagi”

Peminat berseloroh meminta Sharnaaz selaku Presiden Duda Malaya supaya ‘mengambil’ Kamal sebagai ahli baharu dalam ‘kumpulan’.

Featured Wed, 29 Sep 2021

“Bila Dah Kena Baru Tahu..” – Akui Pernah Jadi Antivaksin, Abang Siti Sarah Mohon Maaf Pada Frontliners

Umum maklum keadaan abang kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous Raisuddin, 40, yang bertarung melawan Covid-19 pada Ogos lalu. Namun baru baru ini, Firdous tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran langsung di Facebook miliknya. […]

Trending Thu, 27 Feb 2020

Ibu Ashraf Sinclair Akan Menetap Di Indonesia Bersama Bunga Dan Noah?

Semoga urusan keluarga Sinclair dipermudahkan

error: Content is protected !!