Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 20, 2025 @ 6:52pm

Gandingan Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny & Hariz Hamdan Pacu ‘Seindah Hujan Cinta’, Bersiaran Secara Eksklusif di Tonton!

Bersedialah untuk merasai gelora cinta dan dilema jiwa menerusi Seindah Hujan Cinta, sebuah drama bersiri yang sarat emosi dan konflik yang bakal bersiaran di Tonton bermula esok, 21 Julai 2025.

Drama ini menyatukan barisan pelakon berbakat besar iaitu Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan, Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail dan Normah Damanhuri dalam satu penceritaan yang penuh warna dan nuansa emosi.

Di bawah arahan pengarah prolifik, Nizam Zakaria, Seindah Hujan Cinta mengangkat kisah cinta penuh pengorbanan antara Zarita (Nelydia Senrose), seorang pempengaruh yang sedang meniti puncak kerjaya dan suaminya Wassim (Yusuf Bahrin), seorang lelaki yang mendambakan kehadiran zuriat selepas lima tahun perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak.

Dalam usaha menyeimbangkan kerjaya dan rumah tangga, Zarita membuat keputusan mengejut apabila merelakan suaminya berkahwin lain. Lebih luar biasa, dia sendiri mencadangkan adik angkatnya, Aneesa yang dilakonkan penuh kelembutan dan kedalaman emosi oleh Ezzanie Jasny untuk menjadi madu.

Namun, kemelut sebenar bermula apabila perasaan cemburu dan penyesalan mula membelenggu hati Zarita selepas melihat kebahagiaan yang mula tumbuh antara Wassim dan Aneesa.

Hariz Hamdan pula hadir sebagai watak penting yang mencorak perjalanan emosi ketiga-tiga watak utama, menambah lagi dimensi kepada konflik cinta dan tanggungjawab.

Turut menyokong kekuatan naratif adalah lakonan menyentuh hati daripada Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail dan Normah Damanhuri, yang masing-masing membawa watak keluarga yang sarat kasih sayang, nasihat, serta nilai tradisi yang mengikat hubungan sesama insan.

Seindah Hujan Cinta bukan sekadar drama tentang cinta tiga segi atau poligami. Ia menyelami pergolakan batin wanita yang tersepit antara impian kerjaya dan naluri keibuan, perjuangan seorang suami untuk berlaku adil, serta pengorbanan seorang adik angkat demi kesetiaan dan budi.

Dengan kekuatan lakonan, dialog yang menyentuh perasaan dan konflik yang dekat dengan realiti masyarakat, drama 28 episod ini menjanjikan pengalaman menonton yang penuh intensiti dan nilai kemanusiaan.

Jangan lepaskan tayangan perdana Seindah Hujan Cinta bermula 21 Julai ini, eksklusif di Tonton. Ikuti perkembangan lanjut menerusi media sosial rasmi @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram, serta gunakan hashtag rasmi #Tonton untuk menyertai perbualan bersama peminat lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 28 Mar 2021

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya…” – Bercerita Soal Cahaya Mata, Neelofa Tak Tolak Jika…

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” itu kata-kata selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan […]

Trending Fri, 9 Jun 2023
Featured Tue, 27 May 2025

Yassin Senario Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Penahanan Di Jeddah Berpunca Dari Rokok – “Kalau Pasal Lambang Jadi Isu Saya Dah…”

Pelawak Yassin Senario akhirnya membuka mulut mengenai penahanannya di Jeddah seperti yang tular sebelum ini. Kata Yassin ketika ditemu bual secara eksklusif bersama Apek Senario menerusi Darkcast Youtube, pelawak itu menjelaskan penahanannya di Jeddah bukanlah […]

Hiburan Tue, 1 Oct 2024
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Tidak Terikut Gaya Penyanyi Asal, De Fam Tampil Gaya Tersendiri

Persembahan De Fam menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga wajar dipuji. Tidak nampak langsung cuba meniru gaya penyanyi asal, Altimet. Lebih-lebih lagi part tarian Azira, Cik Manggis dan Sophea yang berjaya membuatkan Bunga lebih ‘berwarna’. Penggunaan […]

Featured Wed, 6 May 2026

“Ego Dan Bongkak Berpisah Tiada” – Rita Rudaini

Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang sukar menerima teguran selain bersikap ego.

Events Fri, 26 Jul 2019

杨丞琳秘密来马!惊喜现身推介活动宣布11月来马开唱

杨丞琳秘密来马!惊喜现身JStarS Group推介礼,宣布11月将来马举办《青春住了谁》巡演大马站。

Featured Tue, 16 Nov 2021

“Best Juga, Dapat Gaduh Dengan Orang…” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong ingin menyahut cabaran mencuba karakter yang belum dibawakan olehnya. Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail ingin membawakan karakter antagonis atau pun watak aksi. “Saya nak cuba satu watak yang lain yang […]

error: Content is protected !!