Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 17, 2022 @ 2:45pm

“Saya Bersyukur Saya Bahagia Sekarang” – Naim Daniel Sudah Berpunya?

Penyanyi Naim Daniel mengakui dirinya sudah mempunyai kekasih hati.

Memetik temu bual program Melodi TV3, Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin berharap agar semua mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Alhamdulillah, Naim percaya setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.

“Naim minta jasa baik semua orang mendoakan yang terbaik dalam perjalanan peribadi naim ini. Apapun, saya akan fokus dalam karier walaupun seberbunga mana sekarang,” katanya.

Disoal adakah pasangannya itu seorang yang berada dalam industri seni, Naim tidak mendedahkan perkara tersebut namun hanya berharap proses perkenalan ini berjalan lancar.

“Dalam industri ke, luar ke, yang penting saya masih berbunga.

“Saya minta doakan yang terbaik sepanjang proses ini, saya takkan mendedahkan dahulu sebab apa-apapun tidak perlu kongsi kalau tak pasti.

“Sekarang masih dalam sesi kenal-mengenal, sebab benda ini tak elok terburu-buru,” ujar Naim.

Pelantun lagu Purnama ini juga memberitahu dia tidak mahu terburu-buru menuju ke fasa seterusnya malah bersyukur dengan kehidupannya sekarang yang dilihat bahagia.

“Naim pernah rapat, keluarga kami dah kenal rapat.

“Peminat saya pun dah tak sabar nak tengok saya kahwin, apapun saya tak mahu gelojoh, biarlah pengenalan atau pun momen-momen itu diantara saya dan dia dulu, saya tak mahu terburu-buru tetapi saya bersyukur saya bahagia sekarang.

“Saya dah menginjak usia ke 25 tahun ini, InsyaAllah pada masa akan datang saya cuba untuk fokus bukan sahaja pada karier mungkin pada diri Naim.

“Apapun, kita ada antara satu sama lain,” tutupnya.

Sebelum ini Naim juga pernah terpalit dengan gosip menjalin cinta bersama penyanyi Iman Troye pada tahun lalu namun mereka menafikan perkara tersebut.

Sumber: TV3MALAYSIA Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 May 2018

Gambar Itu Dirakam Selepas Mereka Bercerai, Jangan Mengarut!

Saya tak tahu bagaimana spekulasi itu boleh timbul pula, sedangkan kami sudah berkawan sejak dulu lagi.

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

Tahniah Buat Jihan, Dah Jadi Seorang Ibu

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi comel seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan hari ini

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Tue, 11 Feb 2025

Anak Bongsu Meninggal Dunia Dalam Tidur, Che Ta Mohon Beri Ruang Buat Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Che Ta memaklumkan, anak saudaranya iaitu Muhammad Aisy Al Raes Mohd Zaquan Adha meninggal dunia semasa tidur.

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Featured Wed, 23 May 2018

Meghan Markle Tak Dapat Menahan Gelak Bila Seekor Lebah Menganggu Harry Berucap

Punyalah manis si pengantin baru, sampai lebah pun nak hinggap.

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
error: Content is protected !!