Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 23, 2018 @ 5:00pm

Meghan Markle Tak Dapat Menahan Gelak Bila Seekor Lebah Menganggu Harry Berucap

Punyalah manis si pengantin baru, sampai lebah pun nak hinggap. Begitulah insiden lucu yang berlaku kepada Putera Harry ketika beliau berucap di hadapan khalayak buat pertama kali selepas pasangan itu berkahwin hujung minggu lalu.

Keadaan itu membuatkan aktres Meghan Markle tidak dapat menahan lagi untuk senyum dan ketawa apabila suaminya dilihat terganggu dengan aksi seekor lebah yang berterbangan sekitar telinganya.

Di samping Meghan turut kelihatan Duchess of Cornwall, Camilla Parker Bowles di sebuah majlis di Istana Buckingham di London, United Kingdom.

Foto : Mirror UK

Duke dan Duchess of Sussex yang berkahwin pada Sabtu itu masih menjadi perhatian dunia, tetapi ‘pengunjung tidak diundang’ itu nampaknya mencuri tumpuan semasa Putera Harry berucap.

Ketika ‘gangguan’ itu, Putera Harry sedang berucap di hadapan kira-kira 6, 500 tetamu bagi memberi penghargaan buat bapanya sempena ulang tahun ke-70.

Beliau kemudiannya terpaksa bersuara dan berkata “lebah ini betul-betul kenakan saya” dan jenaka Putera Harry itu kemudian mengundang gelak tawa tetamu. 

Sumber Artikel: Mirror UK

Sumber Video : YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Tue, 10 Dec 2024

[VIDEO] Harissa Adlynn Dedah Pernah ‘Digoda’ Pelakon Senior Sudah Bercucu

Pernah diganggu secara fizikal, Harissa Adlynn dedah digoda pelakon senior bercucu

Trending Fri, 19 May 2023
Trending Fri, 7 Aug 2020
Trending Mon, 12 Apr 2021

Bikin Panik! Video Ibu Rebah Dapat Kejutan Viral Di Twitter, Rupa-Rupanya…

Seorang pengguna laman sosial Twitter, Isskndar Ariffin berkongsi potongan video aksi seorang ibu yang hampir rebah selepas menerima kejutan. Video terbabit memaparkan adegan seorang wanita yang membuat kejutan kepada ibunya dan wanita terbabit menghadiahkan insan […]

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Sat, 15 Apr 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

error: Content is protected !!