Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 10, 2024 @ 4:27pm

[VIDEO] Harissa Adlynn Dedah Pernah ‘Digoda’ Pelakon Senior Sudah Bercucu

Penyanyi dan pelakon meningkat naik, Harissa Adlynn tidak menafikan dia pernah didekati oleh selebriti lelaki, termasuklah pelakon senior.

Ketika ditemui XTRA, aktres muda berusia 21 tahun ini mendedahkan antara pelakon lelaki yang cuba untuk mendekatinya itu adalah seorang aktor senior berstatus suami orang yang sudah mempunyai cucu.

“Yang mendekati itu ada, tapi kita kena pandai untuk mengelak. Ada juga pelakon senior yang sudah bergelar suami orang dan bercucu datang mendekati,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Harissa atau nama lengkapnya Harissa Adlynn Halim berkata dia pernah didekati secara fizikal.

“Ketika berlakon dia akan berpura-pura terpegang tangan, tetapi sebagai seorang perempuan saya tahu apa niatnya,” katanya lagi.

Harissa berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Benci Jadi Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Aktres drama rantaian Iskandar Chempaka ini bagaimanapun bersikap profesional dan bertindak berani menegur sekiranya dia tidak selesa dengan keadaan tersebut.

“Saya tetap akan berlakon seperti biasa dan profesional. Tetapi jika dia tidak menghormati saya dan melampaui batas, saya berhak untuk melakukan sesuatu dan bersuara.

“Kalau ada yang melebih-lebih, saya akan menegur mereka dan mengatakan yang saya tidak selesa tetapi setakat ini ramai yang memahami apabila saya berkata begitu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Harissa telah menjayakan sebuah drama bersiri vertikal pertama iaitu Benci Jadi Cinta yang disiarkan di platform TikTok Drama Sangat.

Drama tersebut berkisarkan tentang tema cinta dan komedi yang turut membariskan Syahmie Thsaqeef dan Zheng Ning sebagai teraju utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Nov 2025
Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Trending Wed, 26 Jun 2019

Mahu Kelainan, Bapa Ini Nekad Namakan Anak Google

Bayi lelaki menjadi tumpuan netizen apabila bapanya menamakan anaknya itu, Google.

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Hijrah Ke Eropah Demi Masa Depan Anak

Rancangan untuk berhijrah sudah dibincangkan dengan seluruh ahli keluarga selepas Emery yang bakal mencecah usia 10 tahun masih belum boleh bertutur dan ia dilakukan untuk membantu perkembangan anaknya itu.

Featured Sat, 6 Jul 2024

“Bagi Saya Rugi Kalau Tak Nak Anak”- Hazama Selar Pasangan Memegang Prinsip ‘Childfree’

setuju dengan Hazama, anak itu akan pengikat kasih-sayang dalam rumah tangga

error: Content is protected !!