Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 20, 2024 @ 1:19pm

Empat Saluran Tersumbat, Lan Pet Pet Nafi Alami Sakit Jantung… Luah Rasa Syukur Kembali Sihat – “Masa Tu Saya Tidak Henti Berzikir”

Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet menafikan dia mengalami sakit jantung selepas berkongsi detik cemas yang dialami apabila tiba-tiba jatuh sakit dan dikejarkan ke Hospital Melaka pada malam 31 Ogos lalu.

Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 55, berkata, doktor memaklumkan bahawa beberapa saluran dalam badannya tersumbat.

Kata Lan, dia jatuh sakit berkemungkinan disebabkan terlewat makan lalu menyebabkan perutnya masuk angin.

“Pada malam 31 Ogos lalu memang betul saya jatuh sakit, saya dimasukkan ke zon merah di Hospital Melaka, dalam jam 1o malam.

“Doktor beritahu ada empat saluran dalam badan saya ‘block’ (tersumbat), namun saya nafikan yang saya ada sakit jantung.

“Saya beritahu doktor, bukan masalah jantung tetapi ada masalah lain. Mungkin saya terlupa makan atau perut masuk angin sebab itu saya sakit. Waktu makan yang tidak menentu.

“Saya tidak pernah alami kejadian begitu, itu pertama kali. Tidak juga menunjukkan sebarang simptom sebelum saya jatuh sakit,” ulasnya.

 

Lan ditemui pada sidang media pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Lan berkongsi keadaannya kembali sihat selepas dia tidak berhenti mengungkapkan kalimah zikir sehinggalah dibenarkan keluar hospital dan kembali meneruskan pekerjaannya.

“Sepanjang di hospital saya tidak henti zikir, alhamdulillah dapat keluar malam itu juga dan doktor terkejut saya boleh sambung kerja terus pergi ke sebuah konsert sempena Merdeka.

“Ahli Senario semua menangis lihat saya berada semula di konsert itu. Kami sudah macam adik beradik, apabila ada ahli yang sakit sudah pasti akan bersedih atau risau.

“Senario bertahan juga adalah kerana peminat yang sentiasa menyokong dari dahulu hingga kini,” jelasnya.

Tambah Lan, dia bagaimanapun dinasihati doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut di Institusi Jantung Negara.

Terdahulu, anggota Senario iaitu Saiful Apek memaklumkan Lan jatuh sakit pada hari persembahan mereka yang dijadualkan berlangsung pada malam 31 Ogos lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Tampil 2 Single Baharu Dalam Tempoh 2 Minggu, Zynakal Tak Rasa ‘Membazir’

Tampil dua single baharu dalam tempoh dua minggu, penyanyi rap Zynakal tidak merasakan tindakan terbabit sebagai satu ‘pembaziran’. Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli mengeluarkan single Sayang Aku Tanya Apa Khabar kolaborasi bersama Dayang […]

Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

Featured Wed, 5 Apr 2023

Spill The Tea, Rosix Tak Sengaja Umum Nama GF Sharnaaz Ahmad Di TikTok Live? Claim Pernah Terlibat Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku

Sahabat karib kepada pasangan selebriti popular, Noor Neelofa Dan Noor Nabila Mohd Noor iaitu Rosix sekali lagi mencuri perhatian apabila bersiaran secara live di TikToknya semalam. Menerusi video tersebut, Rosix kelihatan membuat ‘Kitchen Tour’ di […]

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Siapa ‘Madame X’ Dimaksudkan Madonna?

Penyanyi berusia 60 tahun ini memberi bayangan album ini mengangkat konsep kisah agen perisik yang memperjuangkan kebebasan.

error: Content is protected !!