Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 16, 2024 @ 8:04pm

[VIDEO] Hadiri Kelas Agama Sedikit Sebanyak Dorong Penghijrahan Nora Danish – “Kadangkala Malu, Masih Tak Berubah Walau Kerap Dengar Ceramah”

Muncul dengan imej berhijab, pelakon cantik, Nora Danish, 42, belum bersedia untuk berkongsi sebab utama penghijrahan.

Namun begitu, pelakon sitkom Puteri ini tidak menolak rutin menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu telah sedikit sebanyak memberi pengaruh terhadap perubahan yang berlaku terhadap dirinya.

“Sebenarnya, hasrat untuk mengenakan hijab sudah tercetus sejak umur saya mencecah 40 tahun. Tapi, ketika itu, hati saya masih berbolak balik.

“Apabila tampil dengan imej baharu, ramai yang mendoakan perkara ini. Tapi, saya belum bersedia nak berikan komen dan berkongsi sebab. Ini kerana saya ini pun masih baharu dan bimbang dituduh riyak.

“Saya pun masih belajar dan perlahan-lahan untuk menjadi muslimah lebih baik. Saya sedang cuba kerapkan diri untuk hadirkan diri ke majlis agama untuk dapatkan ilmu.

“Sejak bulan Mei tahun lalu, saya mula menghadiri majlis agama. Rakan baik saya, Betty Rahmad kerap menganjurkan majlis ilmu di kediamannya dan saya biasanya sebulan sekali akan ikuti jika tiada urusan lain.

“Tetapi apabila pulang saya kadangkala malu terhadap diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mendengar ceramah agama. Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk saya melakukan perubahan ini,”katanya.

Dalam pada itu, penghijrahan Nora membuatkan ibunya, Salimah Talib menangis kesyukuran selain memintanya untuk terus tetap pendirian.

“Ibu adalah orang pertama yang terkejut dan menitiskan air mata apabila melihat perubahan ini. Dia berharap agar saya terus kenal istiqamah.

“Rakan-rakan artis juga ramai yang memberi kata-kata sokongan terhadap penghijrahan saya. Mereka menitipkan doa yang baik-baik,”katanya.

Ketika ditanya mengenai reaksi bekas suaminya, Nedim Nadzri yang melihat dia memakai tudung, Nora berkata, lelaki tersebut memuji perubahan yang berlaku.

“Saya memakai tudung sehari selepas dia masuk wad di sebuah hospital, baru-baru ini. Sudah tentu dia pun gembira malah dia turut memuji saya kelihatan cantik mengenakan tudung.

“Pada masa sama, saya ada juga terfikir semua yang berlaku ini adalah satu dugaan untuk saya terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit. Jadi saya ambil hikmah ini dan nekad untuk berubah,”katanya.

Sebelum ini, penampilan Nora yang bertudung selepas bercerai telah mencetuskan tanda tanya warganet serta peminat.

Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, Nora lebih selesa untuk tidak menjelaskan mengenai perkara itu meskipun sedar ramai mendoakan perubahan terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 16 Aug 2023

Mek Yun Diekori Lelaki Warga Asing, Sempat Larikan Diri Sebelum Lapor Pada Pengawal

Uish takutnya! Seeloknya jangan jalan seorang diri kalau di tempat sunyi

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Mana Ada Tiru Lagu KPOP?’- Ayda Jebat Komen Isu Lagu Temberang

Muzik video Temberang diinspirasi daripada muzik KPOP manakala lagu pula ada unsur Dangdut Arabic. Jangan cakap ciplak muzik KPOP pula okay…

Trending Thu, 3 May 2018

Alamak! Lepas Enjin Meletup, Tingkap Pula Retak…

Tiada siapa cedera dalam insiden dua minggu selepas sebuah enjin pesawat Boeing 737 miliknya meletup lalu memecahkan satu tingkap dan mengorbankan seorang penumpang, iaitu insiden maut pertama sejak 2009.

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung

Trending Wed, 22 Apr 2020

Ketahui Kadar Zakat Dan Cara Pembayaran Zakat Sepanjang PKP

Walaupun berdepan dengan PKP, zakat fitrah wajib ditunaikan..

Hiburan Mon, 26 Dec 2022
error: Content is protected !!