Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir August 16, 2023 @ 6:17pm

Mek Yun Diekori Lelaki Warga Asing, Sempat Larikan Diri Sebelum Lapor Pada Pengawal

Pengacara dan pempengaruh media sosial, Mek Yun berdepan detik cemas diekori seorang warga asing tidak dikenali baru-baru ini.

Memetik laporan mStar, Mek Yun atau nama sebenar Wee Yun Nee memberitahu tidak sempat melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan di pusat beli-belah lokasi kejadian selepas lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Namun, dia bersyukur dirinya dan ibu berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan.

“Silap saya sebab tak buat laporan polis selepas kejadian itu kerana saya tak sempat mencari pengawal keselamatan ditempat itu. Lelaki itu pun berjaya larikan diri.

“Tapi saya syukur sebab tiada apa-apa yang berlaku pada saya dan ibu. Saya pun tak pasti lelaki itu berada di mana,” ujarnya.

Sementara itu, Mek Yun berpesan agar golongan wanita lebih berhati-hati dan tidak berjalan seorang diri semasa berada di tempat sunyi.

“Saya harap wanita di luar sana sekiranya berdepan dengan situasi sama, jangan panik dan jangan berjalan seorang diri.

“Jangan jalan seorang diri di kawasan tempat letak kereta yang sunyi. Paling penting cari bantuan paling dekat atau panggil pengawal keselamatan untuk dapatkan bantuan,” pesannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Replicated Draft Fri, 28 Jul 2023

Rangkul 12 Anugerah Opensignal, CelcomDigi Buktikan Rangkaian Internet Mendahului Pengalaman Mudah Alih & Ultra Pantas!

Kadang-kadang rasa fed up bila main game je asyik lag? Buffering plak tu bila nak buat live strim dan tonton drama online. Stress!!! Korang dah boleh bertukar kepada servis rangkaian CelcomDigi rasanya. Susulan daripada penggabungan […]

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Netizen ‘Muak’ Kerap Muat Naik Video Bersama Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Tampil Beri Respons

Alahai kesian Anju. Diorang jeles la tuu 😌🤪🤪 Kasi chance la nak lovey dovey hihi

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Featured Fri, 14 Oct 2022
Featured Tue, 17 Jan 2023

Mahu Lebih Memahami Wanita, Hun Haqeem Dedah Ingin Rasa ‘Period Pain’

Pelakon kacak, Hun Haqeem mahu lebih memahami kesukaran dan cara hidup seorang wanita. @y2kvd boyfriend material >> #hunhaqeem #malaysianactor #fyp ♬ Pano – Zack Tabudlo Menerusi perkongsian pengguna bernama @y2kvd di laman TikTok, Hun memberitahu […]

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Wow! Si Cantik Uyaina Arshad Bakal Jadi Pengacara Liga Dangdut

Saya adalah pengacara luar pertama. Jadi, banyak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan pengacara yang lain juga. Pastinya, peluang ini sangat bermakna, segali gus ia menguji kemampuan sebenar saya sebagai pengacara.

error: Content is protected !!