Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 29, 2025 @ 10:00pm

XTRA XSTAR 2025: Adira Suhaimi & Mariam OIAM Duduki Kerusi Juri, Lima Finalis Sedia Gegar Showcase Akhir Jumaat Ini!

Kempen pencarian bakat baharu dalam bidang nyanyian, XTRA XSTAR 2025, kini menuju ke pentas akhir yang akan berlangsung Jumaat ini, jam 8.30 malam secara langsung di TikTok XTRA.

Lima finalis terbaik bakal berentap buat kali terakhir bagi merebut gelaran juara XTRA XSTAR 2025 sekali gus bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records & Talents.

Sepanjang kempen ini dijalankan, masing-masing telah mempamerkan kehebatan dan keunikan tersendiri terutamanya dalam usaha menonjolkan kreativiti dan personaliti dalam setiap video tugasan yang diberikan.

Lebih menarik, barisan juri khas malam akhir kali ini menampilkan dua figura tersohor industri muzik tanah air, iaitu Adira Suhaimi dan Mariam, finalis One In A Million (OIAM) yang akan memberikan sentuhan profesional dan pandangan jujur mereka dalam menentukan siapakah bintang baharu yang layak dinobatkan sebagai juara musim ini.

Sebagai tambahan istimewa, malam kemuncak ini turut diserikan dengan persembahan khas daripada juara XTRA XSTAR 2024, iaitu pemenang musim pertama yang bakal menyampaikan single pertamanya berjudul Janjiku Padamu.

Pemilihan lagu lima finalis XTRA XSTAR 2025 juga bukan calang-calang hebatnya, ada yang menyanyikan lagu daripada Ziana Zain, Aina Abdul, Judika, Datin Alyah dan Budak Kaca Mata.

Siapakah yang bakal bergelar juara dan dan bergelar artis rakaman Alternate Records & Talents? Semuanya bakal terjawab pada 31 Oktober ini!

Jangan ketinggalan menyaksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR 2025 pada Jumaat, 31 Oktober 2025, jam 8.30 malam, secara langsung di akaun TikTok rasmi @xtra_my.

Pemenang bukan sahaja akan meraih gelaran juara, tetapi turut membawa pulang kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents, selain peluang muncul di pelbagai platform Media Prima, termasuk wawancara dan liputan khas XTRA.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian @XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 9 Jan 2019

#xtra好康头 | 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑+红包封+Jasmine新阳香米

#xtra好康头 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑、红包封以及Jasmine新阳香米,伴你过个大肥年!

Trending Thu, 13 Apr 2023
Trending Tue, 26 Nov 2019

Remaja Maut Lepas Minum Racun Kerana Tertekan Diejek Rakan

Bertindak meminum racun seraangga kerana tidak tahan ejekan dari rakan-rakannya kerana dia berasal dari keluarga yang miskin

Hiburan Fri, 15 Aug 2025

Hot FM Cipta Rekod ASEAN, 90 Minit Bersiaran Langsung Di Kedalaman 10 Meter Dasar Laut Pulau Bidong

Hot FM cipta sejarah bersiaran langsung dalam 10 meter laut selama 90 minit

error: Content is protected !!