Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 4, 2024 @ 10:00am

#XTRAXSTAR2024: Aina Abdul, Aisha Retno, Jaclyn Victor… Pernah Sertai Program Nyanyian, 6 Penyanyi Ini Kini Bergelar Bintang Terkenal

Industri hiburan tanah air telah diwarnai dengan kemunculan penyanyi-penyanyi berbakat besar yang lahir daripada pelbagai program realiti nyanyian.

Berikut merupakan antara penyanyi yang pernah menyertai program realiti nyanyian terbitan Media Prima Berhad (MPB) dan kini mereka berjaya bergelar penyanyi berskala besar sehingga menempa nama di persada dunia.

1. Jaclyn Victor (Malaysian Idol)

Penyanyi bersuara lantang dan berbakat besar ini mula menempa dalam industri seni selepas bergelar juara dalam program Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.

Setelah 20 tahun bergelar anak seni impian Jaclyn untuk mempersembahkan lagu-lagu hits beliau yang menjadi kegemaran ramai sehingga kini di konsert solo bakal berlangsung pada 12 Oktober ini.

XTRA XSTAR

2. Asmidar (Vokal… Bukan Sekadar Rupa!)

Penyanyi bergenre pop dan jazz mula aktif dalam industri seni pada 2001 namun namanya mula melonjak naik dan dikenali selepas menjuarai program nyanyian Vokal… Bukan Sekadar Rupa pada 2011.

Malah, single pertama hitsnya berjudul Biar Mimpi Sampai Ke Bintang berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 2012 dan kini kembali meletup di aplikasi TikTok sejak tahun lalu.

XTRA XSTAR

3. Yuna (One In A Million)

Bermula dari media sosial Myspace, penyanyi berasal dari Alor Setar, Kedah ini mencipta nama bukan sahaja di tanah air, malah juga di Amerika Syarikat dengan menjalinkan kerjasama bersama penyanyi antarabangsa seperti Usher, Pink Sweat$, dan Jay Park.

Walaupun tidak berjaya menempatkan diri dalam bidang nyanyian selepas menyertai program One In A Million musim pertama pada 2006, namun Yuna berjaya membuktikan bakatnya di arena nyanyian tempatan sehingga mencipta nama di persada antarabangsa.

XTRA XSTAR

4. Haqiem Rusli (Idola Kecil Musim Pertama)

Selebriti berusia 26 tahun ini muncul dalam industri hiburan setelah menjadi naib juara dalam pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim pertama pada tahun 2008, manakala album sulung Segalanya dilancarkan pada 2016.

Komited dalam bidang nyanyian, Haqiem berkali-kali mempertaruhkan lagu ciptaannya di AJL sekaligus pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-33 serta kategori Penyanyi Lelaki Popular tahun sama.

XTRA XSTAR

5. Aina Abdul (Mentor Legend)

Penyanyi, komposer dan penulis berasal dari Johor Bahru ini mengorak langkah dalam industri hiburan setelah merangkul gelaran Naib Juara dalam program realiti Mentor Legend tahun 2014/2015 bersama Ella sebagai mentornya.

Bakat pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 ini mula memukau mata orang ramai selepas muncul buat pertama kali di AJL 34 menerusi lagu Sumpah.

XTRA XSTAR

6. Aisha Retno (Vokal Mania)

Mewarisi bakat dalam bidang muzik daripada ibunya, Jean Retno Aryani, artis berdarah Indonesia ini mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian pada tahun 2018 namun namanya dikenali ramai selepas dinobatkan juara Rookie dalam rancangan Vokal Mania tahun 2020.

Penyanyi muda berusia 24 tahun ini bijak dalam mencipta muzik dan antara lagu hitsnya berjudul W.H.U.T, Ketipak Ketipung Raya, Mengikat Jiwa serta bergelar Naib Juara AJL ke-38 menerusi lagu Sutera.

XTRA XSTAR

Portal hiburan XTRA melancarkan kempen pencarian bakat baharu dalam dunia nyanyian secara digital, XTRA XSTAR. Kempen ini bertujuan untuk mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam dunia nyanyian melalui platform media sosial.

XTRA XSTAR merupakan inisiatif terbaharu portal XTRA yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada para bakat muda di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian. Dengan semakin pesatnya perkembangan teknologi dan platform media sosial, kempen ini membuka ruang yang lebih luas kepada mereka yang berbakat untuk diketengahkan kepada umum tanpa batasan geografi.

Berikut adalah cara-cara mudah untuk menyertai XTRA XSTAR:
1. Rakam video nyanyian anda di TikTok. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
2. Sertakan hashtag #XTRAXSTAR2024
3. Tiada had umur! Semua orang boleh sertai XTRA XSTAR
4. Pastikan anda tidak mempunyai mana-mana kontrak dengan sebarang syarikat rakaman dan pengurusan.
5. Sebanyak 20 peserta bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents. Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Nov 2021

“Kalau Dia Bersin, Terbina 1 Kanopi…”- Busana Serba Hitam Dikecam, Aina Abdul Akui Kurang Baca Komen Netizen

Penyanyi Aina Abdul dihujani kritikan dan usikan netizen gara-gara busana yang digayakan di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menyarungkan persalinan serba hitam rekaan Behati, Aina mendedahkan dia ingin meninggalkan impak […]

Hiburan Mon, 19 May 2025
Trending Mon, 22 Mar 2021

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Sehingga RM 500,000 Untuk Rakyat

Bantuan buat mereka yang terkesan akibat vaksin

Featured Thu, 18 May 2023
Trending Thu, 20 Dec 2018

Gara-Gara Vape… Remaja Hilang Semua Gigi?

Laman web jenama tersebut ada memuat naik amaran mengenai bateri pen vaping tersebut boleh gagal dan meletup tetapi kenapa masih membelinya

Featured Sat, 5 Feb 2022
Featured Thu, 25 Jun 2026

“Terpulang Pada Lidah Masing-Masing” – Neelofa Terbuka Terima Review Jujur Nasi Ayam Mama Tini, Niat Sekadar Kongsi Rezeki 

Neelofa akhirnya membuka mulut mengenai sambutan luar biasa yang diterima terhadap jualan nasi ayam ibunya, Noor Kartini.

Trending Tue, 27 Feb 2018

Belanja Lebih RM2,000 Untuk Merasai Hidangan Pelik

Logik tak logik tetapi inilah yang berlaku dimana pasangan ini sanggup membelanjakan RM2,000 ungtuk merasai hidangan pelik di sebuah restoran antara terbaik di dunia

error: Content is protected !!