Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 15, 2023 @ 5:30pm

“Saya Jadi Risau & Takut Untuk Diri Sendiri Dalam Menjalin Perhubungan” – Ruhainies

Pelakon Ruhainies tampil menyatakan dirinya tidak bersedia lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya kerana takut dan bimbang untuk menjalinkan hubungan cinta.

Menurut Ruhainies, dia berasa bimbang dengan kemelut rumah tangga yang berlaku dalam segelintir pasangan selebriti tanah air, kebelakangan ini.

Malah, dia juga mahu menumpukan perhatian pada kerjaya, ibu bapa dan keluarganya sebelum nekad untuk menamatkan zaman solonya.

“Saya jadi risau dan takut untuk diri sendiri dalam menjalin perhubungan. Apa yang pasti, buat masa sekarang saya belum terfikir dan bersedia lagi nak berkahwin. Bagi saya, bila sampai jodoh takkan ke mana.

“Buat masa ini, jadual kerja saya pun padat. Alhamdulillah, rezeki tak putus dalam lakonan dan sebagai duta produk. Jadi, rasanya wajar untuk saya utamakan karier dahulu sebelum berkahwin,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Ruhainies juga enggan berkongsi tentang kisah cinta dan peribadinya pada umum biarpun sebelum ini dirinya sering bersikap terbuka.

Namun, aktres yang membintangi drama Bintang itu menyatakan dia akan berkongsi khabar gembira itu kepada umum apabila dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga nanti.

“Ya, betul sekarang saya dah tak nak lagi ‘share’ (kongsi) tentang hal peribadi dan hubungan cinta sehingga sampai masanya. Kalau dah ada jodoh dan ingin berkahwin nanti, barulah saya kongsi.

“Sebabnya, bila kita dah mula berkongsi cerita berkaitan peribadi seperti kekasih, orang akan mula ternanti-nanti cerita seterusnya. Benda itu penatlah, bila asyik ditanya tentang perkahwinan dan karier pula seakan tenggelam,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 May 2022
Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥

OMG Sun, 26 Jun 2022

[VIDEO] “I Did Not Breach The Contract” – Amelia Henderson Jawab Dakwaan ‘Fitnah’ A. Aida

Amelia Henderson menjelaskan dakwaan dia tarik diri dari berlakon di bawah arahan A. Aida.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Syanie Kecil Hati?

Mentaliti seperti ini yang membuat orang berbadan besar berasa rendah diri dan kurang keyakinan. Jangan pandang rendah kerana kami juga layak dihormati

Trending Tue, 27 Mar 2018

Gemar Tenung Skrin Gajet? Baca ini…

Pada tahun lalu, data menunjukkan 6.3 peratus pelajar Tahun Satu mempunyai masalah penglihatan, manakala 4.1 peratus bagi pelajar Tahun Enam dan 2.7 peratus bagi pelajar Tingkatan Tiga, setelah diperiksa melalui perkhidmatan kesihatan sekolah.

Events Thu, 13 Dec 2018

许佳麟认爱女网红「没刻要公开但也不隐瞒」

「国民男友」Danny许佳麟认爱!女粉心都碎了~

error: Content is protected !!