Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 21, 2023 @ 1:49pm

Netizen Pertikai Menetap Di Kuarters Kerajaan, Ini Respons Padu Intan Saleh – “Sewa Rumah Mahal, Terbeban Semata Nak Tunjuk Diri Berduit”

Perkongsian terkini, pempengaruh dan usahawan, Intan Saleh mencuri perhatian selepas terdapat segelintir pihak mempertikaikan kediaman mereka sekeluarga yang menetap di kuarters kerajaan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Intan kekal tenang menjawab persoalan tersebut serta meluahkan rasa syukur atas kurniaan Yang Maha Esa.

Menggelarkan dirinya sebagai ‘Bonda’, Intan menjelaskan mereka sekeluarga memilih untuk berjimat cermat daripada perlu membayar sewa rumah yang mencecah ribuan ringgit.

“Kenapa bonda duduk kuarters kerajaan ya? Hm salah ke duduk kuarters? Kalau nak tahu Bonda lagi happy tau bila dapat duduk sini. Sebab apa? Sebabnya kami lagi jimat. Dah bertahun Bonda menyewa bayar mahal-mahal rasa rugi yang amat.

“Kami hidup berserdahana janji bahagia, selesa anak-beranak. Zaman sekarang bukan macam dulu, semua mahal-mahal. Sewa rumah pun mahal, tak rasa rugi ke sewa beribu tiap bulan?

“Bila cukup bulan nak bayar macam-macam sampai terbeban punya la nak tunjuk yang kita ni berduit. Kami fikir tak nak bayar rumah mahal-mahal melainkan rumah sendiri,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Intan tidak menafikan mahu menetap di rumah yang lebih besar namun dalam masa yang sama tidak mahu menambah beban keluarga.

“Macam kami tak ada pun nak tunjuk dekat sesiapa atau bersaing dengan sesiapa. Alhamdulillah, cukup makan tempat tinggal syukur bagi kami.. Duit lebih tu kami lebihkan tempat lain. Eh memang syukur laa.

“Tak perlu nak pertikaikan kenapa duduk kuarters. Contoh eh tak semestinya duduk kuarters, flat tak ada duit. Kadang orang yang duduk rumah ini la berlebih-lebih duit. Betul tak? (Random).

“Siapa je tak nak duduk rumah besar lagi selesa betul tak? Tapi ini pilihan kami sebab jimat dan bajet-bajet. Ikut kemampuan kami tak nak komitmen yang besar.

“Nak ikutkan banyak je kehendak tapi nanti hujung-hujung kita salahkan laki kita la kita kena kerja keras la kita cerita kat orang yang kita bayar itu ini sebab suami tak mampu ikut kehendak kita. Kan aib suami..  Betul tak? Ni contoh tau,” akhirnya.

Sebelum ini, Intan dikhabarkan telah melantik peguam terkemuka serta mendedahkan menerima surat tuntutan daripada bekas suami, Ude Wahid dan isterinya, aktres Izreen Azminda.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Saleh Lantik Peguam Terkemuka, Dedah Bekas Suami & Izreen Azminda Hantar Surat Tuntutan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Nov 2025
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Dah Lama Move On, Nazim Othman Pasang Niat Nak Kahwin Sekali Lagi

Nazim Othman menjawab dakwaaan dia masih diselubungi bekas isteri .

Trending Tue, 17 Jul 2018

No More GST but SST to Make Comeback

The Sales and Service Tax will be back soon.

Trending Thu, 30 Jul 2020

Degil ! Lagi 12 Individu Didenda RM1,000 Langgar SOP

Jadi jangan degil dan malas patuh SOP!

Trending Mon, 13 Aug 2018

女探险修道院!照片惊见「他」站窗边

农历7月鬼门开,不只在东方,连西方的「阿飘」也出来放风?

Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

Featured Sun, 10 Sep 2023

[VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Sama cantik, sama padan diorang ni. Tahniah Imran Aqil & Dahlia Rizal! ❤️‍🔥

error: Content is protected !!