Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 2, 2024 @ 1:12pm

“Warga Singapura Ramai Yang Baik Hati, Saling Bantu Dan Sokong Kami” – Ben Ali

Selebriti dan usahawan, Ben Ali menyifatkan adalah tidak adil untuk untuk membabitkan negara dalam sesuatu isu atau gosip yang timbul.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ben menjelaskan bahawa setiap masalah peribadi harus diselesaikan secara peribadi tanpa mengaitkan mana-mana negara.

Ujar suami kepada pelakon Nadiyah Shahab itu lagi, dia juga mengaku mengenali ramai warga Singapura yang baik begitu juga sikap rakyat Malaysia.

“Saya kenal ramai orang Malaysia dan juga Singapura. Adalah tidak adil jika apabila timbul sesuatu isu, negara dibabitkan. Gosip atau masalah sering akan berlaku baik dikedua-dua belah negara.

“Masalah peribadi harus diselesaikan secara peribadi dan adalah tidak adil untuk mengaitkan negara masing-masing.

“Dikedua-dua belah negara sememangnya akan ada individu-individu yang bermasalah. Tetapi dikedua-dua belah negara juga ada ramai lagi yang tidak bermasalah dan mempunyai nilai diri yang tinggi dan dihormati.

“Saya sendiri mengenali ramai warga Singapura yang amat baik hati. Saling bantu membantu. Sering menyokong kami dalam apa juga yang kami lakukan. Begitu juga orang Malaysia,” coret Ben.

Dalam pada itu, Ben juga menitipkan pesanan agar saling menghormati dan memohon semua pihak berhenti menyebarkan kebencian antara kedua-dua buah negara.

“Ini rumah kita. Kita alu-alukan mereka. Mereka juga amatlah mengalu-alukan kita. Kita perlulah saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Pucuk pangkalnya kita sama. Kita serumpun. Asal dari keturunan yang sama. Malah suatu ketika dahulu kita juga satu negara.

“Sebarkan kebaikan dan berhenti sebar kebencian. Tiada guna kita berbalah melibatkan dua negara. Banyak lagi masalah negara kita yang sendiri perlu jaga dan selesaikan. Marilah kita fokus dalam memajukan negara kita,” tutupnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila penerbit, Erma Fatima memberikan kenyataan berhubung isu yang membabitkan kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Kenyataan yang dikeluarkan penerbit drama Lelaki Itu itu dikatakan seolah melaga-lagakan rakyat Malaysia dan Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri ‘Selak Kain’ Selebriti Malaysia, Erma Fatima Gesa Sarah Yasmine ‘Get Out’… Minta Artis Terpalit Kontroversi Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong Hentikan Semua Ini! Erma Fatima Ajar Cara Buat ‘Report’ Polis? Netizen Berseloroh – “Tapi Kalau Kak Erma Ambil Artis ‘Bad Attitude Macam Ruhainies, Saya Boikot Cerita Tu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Apr 2025
Hiburan Thu, 18 Jun 2026

DJ Sonic Sebak Anak Kecil Kejar, Peluk Kaki Selepas Dibelanja Belon – “Air Mata Aku Terus Gugur”

DJ Sonic, berkongsi detik menyentuh hati apabila seorang kanak-kanak memeluk kakinya selepas dia membelikan belon yang diinginkan anak kecil itu

Featured Fri, 24 Apr 2026

‘Abang Minyak Hitam’ Hadiahkan Pakej Umrah Buat Ibu Tercinta

Mohd Yusof menyifatkan ia adalah peluang bermakna kerana dengan hadiah yang diberikan, dia dapat menunaikan impian  untuk membawa ibunya ke Tanah Suci.

Featured Thu, 4 Sep 2025
Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Stadium Malawati RIUH Dengan Kemunculan Charlie Puth

Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu sempat menunjukkan kehebatannya bermain piano menerusi beberapa lagu termasuk Suffer.

Hiburan Thu, 9 Jan 2025
Hiburan Wed, 28 Nov 2018

黄鸿升、玉兔、李艳馨来马宣传《舞极限》

配合电影《舞极限》即将上映,导演李闳杰将于12月1日至3日,携演员小鬼、玉兔和李艳馨一起北中南马展开电影宣传活动。

error: Content is protected !!