Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin June 13, 2019 @ 12:28pm

“Saya Katakan Kepada Afdlin, Itulah Amalan Ahli Syurga” Pemergian Jefri Adzman Di Kagumi Ustaz Ini

Susulan kes kemalangan langgar lari melibatkan adik kepada pelakon, pengarah dan penyanyi, Dato Afdlin Shauki, Allahyarham Jeffri Adzman pada Ahad lalu, Ustaz Syed Abdul Kadir yang mengetuai majlis tahlil tersebut sempat berkongsi pengalaman beliau di laman instagram miliknya semalam.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Rasa kagum yg muncul apabila sampai ke rumah jenazah? . Ya. Ini yg saya rasakan tadi. Apabila sampai, ratusan manusia di luar rumah hingga ke lorong2 di luar. Jenazah belum tiba. Saya berpusing2 mencari tempat utk meletak kereta. Terlalu padat. . Biasa saja ramai yg hadir ke solat jenazah. Tapi utk begitu ramai berkumpul jam 1230 malam sedangkan jenazah belum tiba.. saya kagum. Pasti ada kebaikan pada jenazah. . Saya berbual dgn pembantu Dato @afdlinshaukiofficial. Beliau memberitahu almarhum seorg yg sangat baik. Yg hadir adalah kawan2nya sejak kecil hingga skrg dan kawan2 @afdlinshaukiofficial. Beliau kata, kawan Abg Afdlin, kawannyalah. Persoalan mula terjawab. . Apabila jenazah tiba, almarhum diletakkan betul di tempat almarhumah ibundanya diletakkan 8 bulan lalu. @afdlinshaukiofficial duduk berteleku juga di tempat yg sama. Saya sebak kerana saya ada juga pd mlm tersebut. . . Selesai mengetuai tahlil dan solat jenazah kpd almarhum, saya dpt berbual dgn Abg Afdlin. Kata beliau, almarhum adalah adik yg sgt baik. Beliaulah “peacemaker” di dalam keluarga. Beliau paling rapat dgn almarhumah ibunda (seperti dlm gambar). Namun kelebihan beliau yg tiada taranya adalah silaturrahmi. Beliau mengambil phone almarhumah ibu dan menghubungi satu persatu kawan2 almarhumah untuk bertanya khabar. . Saya katakan kpd Abg Afdlin, itulah amalan ahli syurga dan itulah cara berbakti kpd ibu yg telah tiada. . Dlm perjalanan pulang, teringat hadis yg saya sebutkan selepas solat jenazah td, pabila jenazah yg lalu di hadapan Rasulullah dipuji2 oleh para sahabat. Maka kata Baginda, wajiblah. Wajib apa?tanya sahabat. Wajiblah syurga buatnya jawab Rasulullah. . . Moga Allah ampunkan dan rahmati sdr Jefri Adzman Aksan.

A post shared by Syed Abdul Kadir Aljoofre (@syedkadir) on

Menurut Syed Abdul Kadir menerusi tulisannya itu, beliau sempat berbual bersama abang Allahyarham. Menurut Afdlin, adiknya itu bukan sahaja selalu menjadi pendamai tetapi juga seorang yang sangat cintakan hubungan silaturrahim. 
 
Tambahnya lagi, Afdlin turut berkongsi cerita bagaimana Allahyarham mengambil telefon almarhumah ibu mereka dan menghubungi satu persatu rakan-rakan ibu semata-mata untuk bertanya khabar.
 
Dan, menurut Syed Kadir itu adalah amalan ahli syurga dan itulah cara seorang anak berbakti kepada seorang ibu yang telah tiada. Malah, beliau sempat berkongsi petikan hadis Rasullullah yang berbunyi;
 
“Pabila jenazah yg lalu di hadapan Rasulullah dipuji2 oleh para sahabat. Maka kata Baginda, wajiblah. Wajib apa?tanya sahabat. Wajiblah syurga buatnya jawab Rasulullah,”
 
Semoga dengan perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir ini sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar buat kita semua.
 
Buat keluarga Allahyarham, kami di Xtra mengucapkan takziah buat keluarga, semoga arwah dicucuri rahmat dan digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Isu Pasal Idah Saya Tak Point Pada Mana-Mana Pihak” – Kamal Adli

Kamal berkata, hantaran itu sebenarnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan hanya mahu berkongsi kepada umum.

Featured Wed, 4 Jan 2023

Petik Kata Pujangga, Ucapan Tahun Baru Hana Ismail Bakar Semangat Netizen Mulakan Hidup Baru

Tahun 2022 sudah melabuhkan tirainya, pengacara Hana Ismail menzahirkan ucapan tahun baru buat warganet agar sentiasa menjadi lebih baik dan positif. @hanaalmauzah_Episod 4 | BISMILLAH 2023 ⚡️♬ original sound – Hana ismail Menerusi hantaran di […]

Events Wed, 27 Mar 2019

GFRIEND’s “GO GO GFRIEND!” Asia Tour to Make a Stop in Kuala Lumpur

Tickets will go on sale very soon! More details inside.

Drama Fri, 12 Jun 2026

Bila Bola Sepak Jadi Orang Ketiga, Jom Saksikan ‘Offside Husband’ Lakonan Elfira Loy & Imran Aqil

Offside Husband mengisahkan Hafiz (Imran Aqil), editor sukan yang terlalu obses dengan bola sepak sehingga tanpa sedar mula mengabaikan isterinya, Alya (Elfira Loy).

Hiburan Wed, 10 Dec 2025

Akaun Palsu Kongsi Video Dengan Arwah Suami, Zizie Ezette Tegaskan Hanya Ada Satu Media Sosial Aktif

Zizie Ezette menegaskan hanya ada satu akaun media sosial iaitu Instagram sahaja

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

SHINee’s Minho Wants to Start a Family in His 30’s

It doesn’t seem like he has a girlfriend yet so move quick, ladies.

error: Content is protected !!