Euforia Bola 2026
Drama By: Padin June 12, 2026 @ 9:08pm

Bila Bola Sepak Jadi Orang Ketiga, Jom Saksikan ‘Offside Husband’ Lakonan Elfira Loy & Imran Aqil

Sejauh mana seseorang sanggup mengejar impian dan kerjaya tanpa mengabaikan insan yang paling disayangi? Persoalan itu menjadi tunjang utama drama komedi romantik Offside Husband yang mengetengahkan kisah cinta, pengorbanan dan cabaran kehidupan rumah tangga moden.

Menampilkan gandingan Imran Aqil dan Elfira Loy sebagai pasangan suami isteri, drama tersebut turut dibarisi Adzim Hariz, Ariana Yusof serta beberapa pelakon lain yang menghidupkan jalan cerita penuh emosi dan humor.

Apa yang membezakan Offside Husband daripada kebanyakan drama romantik lain adalah latar dunia bola sepak yang menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidup watak utamanya.

Drama ini mengisahkan Hafiz lakonan Imran Aqil, seorang editor sukan yang terlalu obses dengan bola sepak sehingga tanpa sedar mula mengabaikan beberapa perkara penting dalam kehidupan peribadinya.

Dalam masa sama, isterinya Alya yang dibawakan Elfira Loy menyimpan impian untuk menimang cahaya mata selepas empat tahun melayari alam perkahwinan.

Ketika Alya mengharapkan suaminya memberi lebih komitmen terhadap keluarga, Hafiz pula semakin sibuk mengejar peluang kerjaya yang muncul sempena kemeriahan kejohanan bola sepak terbesar dunia pada tahun 2026.

Keadaan menjadi lebih mencabar apabila Hafiz berdepan tekanan di tempat kerja selepas kemunculan Elin, seorang editor baharu yang dilihat mampu menggugat peluangnya untuk menyandang jawatan Ketua Editor.

Walaupun hubungan mereka pada awalnya lebih bersifat profesional, kerjasama rapat antara Hafiz dan Elin mula menimbulkan salah faham dalam diri Alya.

Konflik tersebut menjadi semakin rumit apabila Alya disahkan hamil ketika hubungan mereka sedang melalui fasa yang rapuh.

Situasi itu memaksa Hafiz berdepan pelbagai dilema apabila perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai suami, bakal bapa dan individu yang masih mengejar cita-cita dalam kerjayanya.

Persoalannya, mampukah Hafiz membuktikan bahawa keluarga sentiasa menjadi keutamaan atau obsesi terhadap bola sepak akhirnya menyebabkan dia kehilangan insan yang paling dicintai?

@dramasangat EP 24/45 ▶️ #OffsideHusband Setiap Hari -> 🕰️ Jam 12 Tengah hari dan 8 malam di TikTok Drama Sangat ❗️ Drama Bersiri Mikro TV3 ini Esklusif hanya di TikTok DramaSangat dan Tonton ! 🪄Dibintangi : @ijeebster sebagai Hafiz @elfiraloy sebagai Alya @arianayusof__ sebagai Elin @esmadaniel sebagai Encik Syamsul @razzuanrosli sebagai Adi Dan ramai lagi ! Penerbit: @orangetreeproduction Arahan:  @azmi_hata #WangianMagnetik #TarikanMemikat #DashingMagneticOud #PerfumeOudModenHarian @Dashing Malaysia @TV3Malaysia ♬ original sound – dramasangat

Selain menyajikan pelbagai detik romantik dan komedi yang menghiburkan, Offside Husband turut membawa mesej tentang pentingnya komunikasi, kepercayaan dan pengorbanan dalam sesebuah hubungan.

Ia bukan sekadar kisah cinta suami isteri, tetapi perjalanan dua insan yang berusaha mempertahankan rumah tangga ketika berdepan cabaran kehidupan yang tidak pernah berhenti menguji.

Offside Husband kini boleh ditonton setiap hari pada jam 12 tengah hari dan 8 malam menerusi platform Drama Sangat dan Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Feb 2018

Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik Trak

Disebalik Keindahan ‘Wedding Of The year’ Yuna, Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik Trak

Hiburan Tue, 5 Jul 2022
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Featured Fri, 23 Aug 2024

“Don’t Be Sad, Allah Knows Best” – Kazar Saisi

Mai dah bapak dia buka mulut! Harap jelas lah ek.

Featured Fri, 2 Apr 2021

Boleh Rentas Negeri, Daerah Jika Terima Dua Dos Vaksin

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa mana mana rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos vaksin suntikan COVID-19 dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah. Malah, mereka turut dibenarkan melakukan perjalanan ke […]

Featured Wed, 12 Jan 2022

Jumpa Individu Persis Arwah Abam, Fad Bocey Ubati Rindu

Pemergian pelawak dan penghibur Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan hampir dua tahun lalu meninggalkan kesan di hati peminat. Perkara sama pasti dirasakan oleh rakan seperjuangannya, Fad Bocey. Seorang […]

Trending Mon, 29 Jan 2018

恭喜「悟空」爸爸!成功求得100万赞为孩子取名

美国一名《七龙珠》迷老爸达成愿望了!他成功得到100万名网友点赞,获得老婆同意将儿子取名为「悟空」(Goku),并录制一支集气“元气弹”的影片向大家公布这项消息,分享自己成为「悟空爸爸」的喜悦,甚至还为儿子「悟空」创办了粉丝团!

Featured Sat, 18 Sep 2021
error: Content is protected !!