Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir September 14, 2022 @ 5:24pm

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Penyanyi Hazama mendedahkan dia dan isteri, Genervie Kam terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuat rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) kerana sibuk dengan komitmen kerja.

Menurut Hazama, mereka sedang di dalam perancangan mencari tarikh sesuai pada tahun hadapan.

“Keadaan belum mengizinkan, tengah tunggu waktu yang sesuai sebab kami berdua buat masa ini masing-masing sibuk dengan kerja.

“Saya dengan kerjaya seni manakala isteri pula sibuk menguruskan perniagaan Asam Laksa. Rezeki selepas pandemik. Alhamdulillah.

“Saya rancang tahun depan, tahun ini selesaikan mana-mana bahagian yang perlu terlebih dahulu,” katanya.

Hazama ditemui semasa majlis pelantikan Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Namun, Hazama meluahkan rasa risau dengan keadaan isteri yang semakin meningkat usia untuk melakukan rawatan tersebut.

“Isteri saya okay, tahun depan umurnya 43 tahun. Saya risau juga sebab ialah kita pun dengar orang kata bila usia 40 lebih ini risikonya agak tinggi.

“Jadi ada sedikit kerisauan di situ. Tapi doakan yang terbaik, kita dah cuba usaha, dah buat macam-macam,” katanya.

Tambahnya, dia tidak terasa hati apabila ditanya soal anak kerana berserah dengan ketentuan Allah yang masih belum kurniakan dirinya dan isteri zuriat.

“Sekiranya dikurniakan rezeki maka adalah, jika tiada, tiadalah. Tetapi saya redha dengan ketentuan yang Tuhan telah tetapkan.

“Bagi saya setiap kekurangan itu mesti ada kelebihannya dan begitulah sebaliknya. Jadi kita kena seimbangkan benda itu, kena sentiasa bersyukur,” jelasnya.

Pada masa sama, Hazama memberitahu tekanan untuk mempunyai anak selalunya datang daripada orang luar bukan keluarganya.

“Keluarga juga okay, tidak memberikan tekanan tentang perkara ini. Tekanan selalunya datang daripada orang luar.

“Saya tak ada masalah sebab anak buah saya ada empat orang, kadang-kadang duduk dengan saya. Mereka sudah saya anggap macam anak saya sendiri,” ujarnya.

Untuk rekod, Hazama dan Genervie Kam sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun dan berusaha mendapatkan anak melalui proses IVF.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Apr 2025

[VIDEO] Suami ‘Kantoi’ Back Up Adik Tengah Live, Netizen Komen: “Kesian Bonda Rozita Dapat Suami Toksik”

Khairul seakan menegur tindakan Rozita yang dilihat mengulas mengenai isu salah faham membabitkan Rebecca.

LIFESTYLE Wed, 12 Dec 2018

5 Jenis Cili Paling Pedas Berapi Masuk Rekod Dunia

Jom kita tengok bacaan cili-cili terpedas dunia ni daripada bawah sehingga paling tinggi levelnya.

Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Trending Thu, 29 Nov 2018

学生「粉笔画」创作惊人!老师狠心一擦心都碎了

Illusdreamer 是一个由几名香港高中学生组成的创作小组,他们采用彩色粉笔在黑板上创作巨幅的画作,尽管作品的生命有限,但令人难以置信的神奇画面,却让大家都惊叹不已!

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

‘Bukan Tak Nak Jumpa Mufti Tapi…’ – Safiey Ilias Tolak Jemputan ‘Mengeteh’?

Sudah diajak ‘mengeteh’, kenapa pula Safiey segan nak jumpa Mufti Wilayah Persekutuan?

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
error: Content is protected !!