Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 12, 2022 @ 11:33am

Jumpa Individu Persis Arwah Abam, Fad Bocey Ubati Rindu

Pemergian pelawak dan penghibur Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan hampir dua tahun lalu meninggalkan kesan di hati peminat.

Perkara sama pasti dirasakan oleh rakan seperjuangannya, Fad Bocey.

Seorang individu yang dikatakan mirip seperti arwah Abam telah mendapat perhatian netizen apabila seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @dak_opy memuat naik video menunjukkan lelaki itu di sebuah kedai makan.

“Serius bila tengok budak ni teringat terus dekat arwah Abam Bocey. Serius terkesima hari ini. Pelanduk dua serupa, perangai, suara lebih kurang sama,” tulis @dak_opy di kapsyen.

 

@dak_opy Serius terkesima ari ni, pelanduk dua serupa, perangai suara lebih kurang sama #fyp #viral #spberiani @fadlyspberiani ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Individu yang kelihatan seperti arwah Abam itu mesra dipanggil Buyot.

Video yang dimuat naik pada 24 Disember tahun lalu itu telah menjadi tular sehingga mendapat perhatian stesen radio Hot FM.

“Boleh pinjam dua minit, nak peluk”

Fad yang merupakan salah seorang penyampai radio di stesen itu kelihatan terkesima apabila dikejutkan dengan kedatangan Buyot.

“Suara pun lebih kurang. Samalah Buyot, persisnya macam arwah Abam. Boleh pinjam ke dua minit, nak peluk,” kata Fad di dalam satu video.

 

@dak_opy Reply to @alitebuan4ekor bkn krna 2 mnt tp pershbtn yg trprts d tgh jln mgkin bkal myinari kembli? Insyallah doakm yg terbaik @azbuyot21 aminnn #fyp ♬ original sound – Dak Opy

Fad juga berkongsi kegembiraannya berjumpa dengan Buyot melalui hantaran di Instagram.

“Dapat pinjam dua minit peluk insan comel yang sangat persis dengan insan yang saya paling rindu. Alhamdulillah, Allah aturkan semuanya. Terima kasih Buyot, jaga diri. Semoga yang baik-baik buat kamu,” tulis Fad di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

Difahamkan, kejayaan pertemuan mereka adalah hasil kerjasama Hot FM dan pengguna TikTok, @dak_opy yang kerap memuat naik video mengenai Buyot di laman TikTok miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Tampil Lakonan Mantap Adi Putra, Sophia Albarakbah, Wan Hanafi Su & Ramai Lagi, ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dedah Kisah Syirik

Walaupun filem ini bergenre seram, mesej kekeluargaan ialah tunjang kepada jalan ceritanya.

Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Hiburan Mon, 15 Apr 2019

‘ Jodoh Itu Rahsia Allah’- Azhan Rani Tak Tertekan Belum Bertemu Calon Sesuai

Seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu jodoh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan

Featured Sat, 17 Sep 2022

Enggan Bertemu Media, Tak Mahu Wajah Dirakam… Mia Sara Pilih Kunci Mulut

Mungkin Mia perlukan masa untuk bertenang 🤷‍♀️

Featured Tue, 25 Oct 2022
Featured Fri, 13 May 2022

Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Pembunuhan Wartawan Shireen Abu Akleh

Ini bukanlah kali pertama wartawan terkorban ketika melaporkan berita di bumi Palestin♥

Hiburan Fri, 25 Apr 2025
error: Content is protected !!