Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 25, 2025 @ 8:55pm

“Saya Akan Ambil Anak-Anak & Jaga Lepas Selesai Bayar Hutang” – Gagal Jadi Bapa Terbaik, Datuk Red Mahu Tebus Kesalahan

Usahawan, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Adnan seakan menyatakan janji untuk memikul tanggungjawab menjaga anak-anaknya selepas isu hutang selesai.

Menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah video  memaparkan aktres, Abby Abadi mempersoalkan mengapa segelintir netizen memarahi apabila ada wanita menuntut hak nafkah daripada suami mereka.

Datuk Red yang bersetuju dengan kenyataan Abby itu secara terbuka mengaku, dirinya sebelum ini pernah gagal menjadi suami kepada selebriti Adira Suhaimi.

Malah, dalam komen itu juga, Datuk Red bersumpah akan memikul semula tanggungjawab menjaga anak-anak selepas masalah hutangnya selesai. 

“Betul, yang ini saya sokong.. saya sendiri gagal.

“Tapi, saya bersumpah jika saya lepas halangan hutang ini, saya akan ambil valik anak-anak dan jaga atas kesilapan saya selama ini,” katanya.

Meninjau ke ruangan balas, ramai dalam kalangan netizen memuji Datuk Red seorang lelaki yang berani mengaku kesilapannya serta amat mengutamakan peranannya sebagai sosok bapa dalam keluarga.

Ada juga segelintir netizen mendoakan agar urusan pembayaran hutang Datuk Red segera selesai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Aug 2024
Featured Sun, 30 Jan 2022

Moratorium Wajar Dilanjutkan Untuk Tempoh 6 Bulan Lagi – Pakar

Agak-agak moratorium dilanjutkan atau tidak?

Featured Thu, 25 Sep 2025

Nina Ismail Sabri Dedah Momen Lucu, Suami Silap Teka Ujian Kehamilan Sebagai Positif Covid 

Nina berkata, itu adalah momen paling mengujakan buat dia dan suami.

Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Bijaknya Gelagat Wira Anak Betty Rahmad Buat ‘Speech’ Birthday Sendiri!

Pelakon Betty Rahmad berkongsi sebuah hantaran di platform TikTok yang memaparkan suasana majlis ulang tahun kelahiran anaknya, Ardy Wira yang ke-4, baru-baru ini. Menerusi perkongsian itu, Wira teruja menerima ramai tetamu menghadiri majlis ulang tahunnya […]

Hiburan Wed, 12 Feb 2020

Drama Band’s Performance On AJL34—Freedom Of Speech Or Mocking ‘Politics’?

Maybe Malaysia hasn’t yet fully accepted ‘freedom of speech’.

Hiburan Fri, 14 Feb 2025
error: Content is protected !!