Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 14, 2025 @ 2:19pm

Tekanan Darah Cecah Lebih 200, Zamarul Hisham Syukur Dapat ‘Peluang Kedua’ – “Saya Doa Allah Jangan Tarik Nyawa, Takut Tak Sempat Tebus Dosa”

Pelakon berbakat, Zamarul Hisham meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang kedua oleh Yang Maha Esa selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba, baru-baru ini.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Zamarul, 53, menganggap insiden itu sebagai satu teguran daripada Allah SWT untuk dirinya lebih bermuhasabah.

“Ini adalah peluang kedua. Bila balik rumah, saya rasa macam Allah bagi saya nafas baru. Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan, tapi mungkin ada masa kita lalai, jadi saya anggap sakit ini sebagai satu teguran dari-Nya.

“Masa saya diusung ke hospital, saya cakap, ‘Ya Allah, janganlah tarik nyawa aku sekarang, aku tak bersedia lagi.’ Saya terbayang wajah anak-anak… Menangis, minta Allah beri kekuatan,” katanya.

Menurut Zamarul, dalam detik cemas itu, dia hanya mampu berdoa agar diberikan kesempatan untuk berubah dan melihat anak-anaknya membesar di depan mata.

“Saya berdoa, kalau ini cara Allah beri hidayah untuk saya jadi lebih baik, saya reda. Tapi saya mohon diberikan peluang untuk terus hidup dan menebus kekurangan diri,” tambahnya.

Mengulas lebih lanjut, Zamarul tidak pasti mengapa hatinya tiba-tiba begitu kuat mahu berubah. Namun, jauh di sudut hati, dia berasa belum cukup baik selepas lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni.

“Dalam pukul 3 pagi, saya termenung dan berdoa, ‘Tolonglah Ya Allah, saya nak jadi lebih baik, nak berubah.’ Saya sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba saya sebut macam tu. Mungkin sebab dalam hati, saya rasa banyak kekurangan, mungkin juga saya rasa diri ini tak cukup baik.

“Saya dah 31 tahun dalam industri. Kadang-kadang terfikir, sempat ke saya tebus semua dosa lalu? Tambah pula, Allah bagi saya ujian macam ni. Itu yang buatkan saya rasa sedih,” tuturnya.

Zamarul turut mengakui bahawa kesihatannya terjejas akibat kurang rehat dan jadual kerja yang padat. Namun, dia melihatnya sebagai satu ujian selepas berdoa untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Sebelum ini, bila ada tawaran kerja masuk, saya selalu utamakan kerja dan tangguhkan umrah. Tapi tahun ini, saya nekad nak pergi juga. Bila balik, saya rasa sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup. Banyak perubahan yang saya nampak dan alami sendiri.”

“Lepas balik dari umrah kali kedua, saya banyak bermuhasabah dan berdoa, ‘Ya Allah, umur aku dah nak masuk 54 tahun, tapi aku rasa masih belum cukup buat yang terbaik. Kau berilah aku hidayah.’ Itu doa saya setiap kali solat.”

Walaupun rezekinya semakin murah, Zamarul sedar bahawa dia terlalu fokus bekerja hingga tidak menyedari tubuhnya keletihan.

“Sampai satu hari, saya diuji. Tekanan darah naik lebih 200. Tak pernah-pernah jadi sebelum ini. Masa itu, baru saya betul-betul tersedar,” katanya.

@buletin.tiktok

credit youtube tv3malaysia #fyp #berandafyp #gosip #bikinpanas #zamarulhisham

♬ original sound – buletin.tiktok 📽️🍉 – buletin.tiktok 📽️🍉

 

Dalam perkembangan lain, Zamarul turut terbabit dalam drama Langit Ke Tujuh yang bersiaran secara eksklusif di Tonton.

Dalam naskhah bersiri arahan Heykal Hanifah itu, Zamarul membawakan karakter sebagai ketua ajaran sesat Tanah Surgo bernama Ayah Abdul.

Langit Ke Tujuh, telah bermula pada 23 Januari 2025, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Artikel Berkaitan: “Setiap Kali Lontar Dialog, Saya Banyak Istighfar & Solat Taubat Selepas Selesai Penggambaran” – Zamarul Hisham

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

旦增尼玛夺总冠军!李健成新科冠军导师

经过导师帮唱及个人独唱的激烈争夺,李健战队的旦增尼玛战胜哈林战队的黎真吾,脱颖而出夺得2018《中国好声音》的年度总冠军,李健成为本季「好声音」冠军导师。

Trending Wed, 28 Oct 2020
Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Jangan Salahkan Nora Danish, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik” – Boss Ned

Nedim Nazri tampil mempertahankan bekas isterinya, selebriti terkenal, Nora Danish

Trending Mon, 1 Jul 2019

Penumpang Feri Dikhuatiri Lemas Sebab Terjatuh?

Penumpang yang berada di atas Feri Pulau Pinang dipercayai telah terjatuh.

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Sejak Makan Jamu, Ezlynn Mengaku Jarang Emo?

Saya dapat rasakan badan saya lebih ringan, tidak cepat penat dan paling penting saya kurang ‘moody’.

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Status ‘Maaf, Saya Mula Penat’ Ardell Terus Jadi Tanda Tanya

Saya hanya insan biasa yang memerlukan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak tekanan yang saya lalui. Saya juga ada perasaan dan buat masa ini, saya hanya melakukan perkara yang saya mahu buat…

error: Content is protected !!