Pelakon Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynna Abdullah 27, mengumumkan dia sudah berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Afify Sazali.
Bercerai selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, Erynne mendedahkan perkara ini menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Jikalau dulu saya share berita gembira pada tahun 2019 yang saya telah berkahwin dan kini dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan yang saya sudah bercerai dengan ex husband saya.
“Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang Allah takdirkan buat kami maka bercerailah kami atas izin-Nya.
“Segala puji bagi Allah. Sungguh, ini ujian yang amat berat. Akan tetapi, Allah duga dan beri ujian pada hamba hamba-Nya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuannya,” tulis Erynne.
Tambah pelakon filem Damping Malam ini, bekas suaminya merupakan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak mereka, Medinah.
“Nevertheless, ex husband saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah. Alhamdulillah Ya Rahman Ya Rahim. And we’ll try our very best to be a good parents to Medinah and give her the love she deserves, insya’Allah Amin Ya Rabbal Alamin.
“To Muhamad Afify, thank you for everything. May Allah guide, ease, bless and protect you and our family always till jannah, Amin Ya Mujeeb. Doakan yang baik baik untuk kami sekeluarga ya dan kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua,” luahnya lagi.
Erynne yang merupakan bintang kanak-kanak popular awal tahun pada awal tahun 2000 itu mula melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak berusia 8 tahun.
Pelakon drama bersiri Ema Emyliana itu mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Afify Sazali pada 17 April 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Medinah yang kini berusia empat tahun.








