Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2021 @ 6:52pm

“No Offence!” Pembaca Berita Ini ‘Kantoi’, Siap Ditegur Adibah Noor Betulkan ‘Pronunciation’

Kesilapan sebutan atau ‘pronunciation’  terutamanya sebagai penyampai berita mungkin kerap berlaku tanpa disedari ramai orang. Namun, sebagai seorang bekas guru Bahasa Inggeris, penyanyi dan pelakon, Adibah Noor tampil memperbetulkan sebutan pembaca berita TV3 iaitu, Ramzam Mohd Saufi menerusi satu hantaran dilaman twitter miliknya.

Video berdurasi 56 saat itu dikongsi Adibah Noor menerusi aplikasi TikTok beliau sebelum dimuat naik semula di akaun Twitter miliknya bertujuan memberikan cara sebutan yang betul dan  berkongsi ilmu bersama pengikutnya.

Netizen siap minta Adibah Noor  jadi cikgu Bahasa Inggeris

Ternyata muat naik penyanyi yang popular menerusi lagu Terlalu Istimewa itu mendapat lebih 2,000 ulang kicau dan 4,000 tanda suka.

Malah, ada segelintir pengikut beliau meminta agar Adibah Noor tampil dengan ‘content’ video sebegini untuk memantapkan penguasaan dan sebutan Bahasa Inggeris mereka.

“I love your vidsss! Rakan artis pun teruja”

Sementara itu, rakan artis juga berasa teruja dan berterima kasih kepada Adibah Noor kerana memperbetulkan sebutan menerusi rakaman video pendek yang mampu membuat ramai orang mendapat manfaat daripadanya.

Wah, nampaknya ramai teruja ye!

Adibah Noor juga sempat meminta maaf kepada pihak tertentu kerana kehadiran video ini bukanlah bermaksud beliau mahu meyinggung sesiapa kecuali untuk pembelajaran semata-mata.

“Maaf Buletin Utama TV3, saya ambil potongan (berita) daripada anda, no offence, tapi ini adalah untuk pembelajaran semata-mata. Memang perkataan wild bermaksud liar disebut wild, Tetapi wilderness yang membawa maksud tempat hidupan liar atau belantara kita sebut wil-der-ness sama macam ejaannya. Jangan marah okay!”katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Dec 2021

“Ibu & Anak Terpisah Selama Dua Tahun” – Sebak… Lama Tanggung Rindu, Anak Beranikan Diri Tegur Wanita Serupa Ibunya! Rupa-Rupanya….

Sedar atau tidak, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu telah mengajar kita erti rindu. Tidak dinafikan, ada antara kita sedang menanggung rindu apabila sudah sekian lama terpisah dengan keluarga dan tidak dapat bersua muka. Kisah menyayat […]

Featured Thu, 16 May 2024
Hiburan Thu, 13 Feb 2025

Aaron Aziz Bakal Terima Anugerah DPDDM

Datuk Aaron Aziz adalah antara artis yang bakal menerima Anugerah Usahawan Bintang Negara Madani anjuran Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM) tidak lama lagi.

Hiburan Tue, 11 Feb 2025

Teruja Kembali ke Malaysia, Culture Wars Suka Makan Rendang

Kumpulan muzik Culture Wars teruja kembali ke Malaysia.

Hiburan Fri, 30 May 2025
Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Sang Dewi Versi Misha Omar Buat Ramai ‘Galau’ – “Merintih! Nak Full Cover Please”

Hujan hujan ni bertambah galau min dengar Kak Mitch nyanyi lagu Sang Dewi 🥲🥲

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
error: Content is protected !!