Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 15, 2022 @ 8:03pm

[VIDEO] Sang Dewi Versi Misha Omar Buat Ramai ‘Galau’ – “Merintih! Nak Full Cover Please”

Penyanyi Misha Omar, 40, mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan dirinya menyanyikan lagu popular Indonesia.

Menerusi video berdurasi 55 saat itu, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar membawa lagu Sang Dewi nyanyian asal Lyodra dan Andi Rianto.

Gemersik kelunakan suara yang dipersembahkan oleh Misha semasa menyanyikan lagu tersebut tidak dinafikan membuat ramai pendengar ‘jiwa kacau’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 ini untuk menyanyikan lagu berkenaan secara penuh.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut berkata pelantun lagu fenomena Bunga-Bunga Cinta ini seakan menyuntik jiwa yang sama dengan Lyodra.

“Punyalah selama ini ingatkan suara Lyodra ni sama dengan vibe siapa, rupanya Kak Mitch!” kata salah seorang netizen di ruang komen.

Semasa artikel ini ditulis, video ini telah meraih sebanyak 100,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

@naiem191

Sang Dewi – Misha Omar #sangdewi #mishaomar #cover #fyp #fypシ

♬ original sound – naiem – naiem

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Ketepi soal jodoh, Hans akui penat

Tumpuannya kini hanya untuk kerjaya dan soal jodoh diketepikan buat seketika.

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Alif Satar Yakin Naz Rahman & Sissy Imann Ada Kekuatan Tersendiri, Mampu Bawa Perubahan Di AJL39

Alif Satar yakin Naz Rahman & Sissy Imann ada kekuatan tersendiri untuk kendalikan AJL39.

Events Sat, 14 May 2022
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Trending Mon, 9 Apr 2018
Kisah Viral Mon, 8 Jun 2026

Bukan Sekadar Content TikTok Aktif Bantu Pelajar, Boss A Kini Beri Elaun Petrol Kepada Pekerja

Boss A yang mempunyai lebih 812,000 pengikut di TikTok ini mengambil inisiatif memberikan elaun petrol bulanan kepada semua kakitangannya.

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Disuruh Putihkan Kulit, Ika Nabella Naik Angin?

‘Melayu will always be Melayu’, Oh tangkap gambar dengan kau kena naikkan glow. Oi! Ko putihkan muka aku sampai hilang batang hidung aku kau edit.

error: Content is protected !!