Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2022 @ 10:52am

Tampil Lakonan Mantap Adi Putra, Sophia Albarakbah, Wan Hanafi Su & Ramai Lagi, ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dedah Kisah Syirik

Minat yang mendalam terhadap filem-filem seram telah mencetuskan idea buat pengarah Shadan Hashim untuk menghasilkan filem Jerangkung Dalam Almari.

Tambahan pula, filem seram juga dilihat antara genre yang cukup diminati serta sering mendapat sambutan hangat penonton.

“Melihat kepada keadaan semasa, adakalanya saya agak terganggu apabila menyedari perbuatan syirik masih lagi dilakukan segelintir masyarakat dan kerana itu saya harus mengutarakan isu ini.”

“Pada masa sama, saya adalah penggemar filem-filem seram dan Jerangkung Dalam Almari ini dihasilkan sebagai memberi penghormatan (pay homage) buat pembikin-pembikin filem seram yang saya gemari.” ujarnya.

Sebelum ini, Shadan pernah menghasilkan sebuah filem seram iaitu Volkswagen Kuning, selain bergelar sutradara menerusi filem Haru Biru dan Cinta 200 Ela.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Shadan berkata filem dari syarikat produksi Akid Productions Sdn. Bhd dan penerbit Raja Azmi itu, menceritakan tentang tiga orang adik-beradik yang membiarkan syaitan bermaharajalela dalam dada mereka sehingga berdendam dan prasangka terhadap diri masing-masing.

Ujarnya, walaupun ini ialah sebuah filem genre seram tetapi mesej kekeluargaan ialah tunjang kepada jalan cerita filem tersebut.

Tambahnya, untuk filem berkenaan yang terkesan akibat pandemik dan menjalani penggambaran selama 26 hari itu, dia perlu menampilkan sesuatu yang luar biasa kerana hantu jerangkung itu sendiri memang jarang sekali diangkat di layar lebar berbanding kisah hantu lain seperti pontianak, orang minyak dan hantu raya.

“Bila mendapat peluang ini saya bertanya pada diri, bagaimana untuk menghasilkan sebuah filem seram yang baik, tanpa adegan klise seperti wanita terapung, melekat di dinding atau menjerit apabila ayat-ayat al-Quran dibaca, seperti kelaziman filem seram yang lain?

“Jadi ia mencabar kreativiti saya untuk menghasilkan adegan seram yang lebih mencemaskan, menunjukkan cara yang lebih kreatif untuk mengatasi ancaman jin dan yang paling mencabar ialah untuk memunculkan makhluk jerangkung itu sendiri,” ujarnya.

Naskhah ini berkisar mengenai kehidupan Fikri (Datuk Adi Putra) tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin (Sophia Albarakbah) dan anaknya (Isaac Iman).

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.

Jelasnya lagi, dia cuba mencari identiti filem seram yang dekat dengan masyarakat dan percaya penonton akan terhibur dengan jalan cerita yang menarik serta elemen-elemen surprise yang terdapat dalam filem Jerangkung Dalam Almari.

“Pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Effendi memberikan lakonan berkualiti dan faktor ini juga pasti akan menarik penonton ke pawagam,” ujarnya.

Filem Jerangkung Dalam Almari bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara mulai 4 Ogos 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Perkahwinan David-Victoria Mula Goyang?

Pasangan selebriti popular yang berkahwin hampir 20 tahun itu dilaporkan sudah lama berdepan dengan masalah perkahwinan namun keretakan hubungan mereka tidak diketahui umum.

Featured Thu, 1 Sep 2022

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Semoga permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

Featured Mon, 18 May 2026

Persembahan Anak Amyza Aznan Dapat Pujian – “Bila Dia Nyanyi Yang Sampai Bukan Sekadar Suara Tapi Rasa & Doa”

PHM menyifatkan nyanyian Adrian bukan sekadar tentang suara, sebaliknya sarat dengan rasa, doa dan kekuatan seorang anak muda yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Another One Bites the Dust: Big Bang’s Daesung to Enlist into the Army Soon

Daesung is the fourth Big Bang member to enlist into the army!

Events Thu, 9 Aug 2018

#daiTV3 : Selamat Jalan Dai’ Wafi

Bukan tidak bagus, bukan tidak punya gaya, mungkin rezeki masih belum berpihak pada mereka. 

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Tipulah Kalau Tak Pernah Buat Silap, Nasib Baik Ada AG!

Waktu awal saya di Kool FM, saya baru ‘berkenalan’ dengan benda-benda ini semua. Dah macam pilot pun ada, tolak tekan itu dan sebagainya. Nak tahu apa jadi?

Hiburan Fri, 28 Nov 2025

“Mana-Mana Saya Pergi Ramai Yang Tunjukkan Kasih Sayang..”- Engku Emran

Emran berseloroh, tempoh pemulihan itu secara tidak langsung membuatkan dirinya menerima perhatian ‘luar biasa’ daripada kaum wanita di sekelilingnya.

Featured Tue, 25 Oct 2022

Didakwa Jadi Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Ambil Tindakan Saman Pemfitnah

Walaupun kes melibatkan isu keganasan rumah tangganya masih belum selesai, kini timbul pula gosip liar kononnya pelakon dan pengacara, Rizky Billar pernah menjadi lelaki simpanan atau gigolo. Bengang dengan tuduhan melampau yang diberikan, Rizky bagaimanapun […]

error: Content is protected !!