Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana June 1, 2023 @ 6:10pm

Yusof Haslam & Isteri Hadir Majlis Pelancaran Buku Menantu – “Bertuah Puteri Sarah Dapat Mertua Baik”

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana telah melancarkan buku berjudul ‘Puteri Sarah: Terus Melangkah’ di World Trade Centre Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, ramai tetamu dilihat hadir ke majlis pelancaran buku tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah ibu bapa kepada pelakon Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail turut hadir ke majlis pelancaran menantunya untuk memberi sokongan.

“Hebat Puteri Sarah, bapa mertua dan mak mertua sentiasa support,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@albaihaqi236 Hebat Puteri Sarah, Bapa Mertua dan Mak Mertua sentiasa support. Dibuang terbilang
.. #pbakl2023 ♬ original sound – Dj HarrisNugraha


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji betapa bertuahnya Puteri Sarah kerana mendapat ibu dan bapa mertua yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti kepadanya.

“Bertuah Puteri Sarah dapat mertua yang baik dan memahami. Mesti ada kebaikan yang kita taktahu. Hebat disayangi mertua,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Sambut Hari Lahir, Kenapa Zain Tak Ikut Isteri Ke London?

Sambutan hari lahir Che Ta akan dibuat di sana. Tentu meriah kan? Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 45, keberangkatan mereka kali ini agak berbeza.

Featured Thu, 7 Apr 2022

“Salah Satu Cara Untuk Lepaskan Rindu…” – Ayu Damit Sedih Sambut Puasa & Raya Pertama Tanpa Bapa

Perit menanggung rindu orang yang dah tiada… Semoga Ayu tabah hadapi ujian ini

Featured Fri, 9 May 2025
Hiburan Fri, 16 Aug 2024

Eyka Farhana Belum Bersedia Tutup Aurat, Hargai Kritikan Netizen

‘Saya juga mohon maaf jika pakaian saya terlalu berlebihan’ – Eyka Farhana

error: Content is protected !!